Type Here to Get Search Results !

Baca Artikel ini Antara Sebab Kenapa Kita Perlu Kumpul Hartanah Dengan Betul.

Baca Antara Sebab Kenapa Kita Perlu Kumpul Hartanah Dengan Betul.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Baca Antara Sebab Kenapa Kita Perlu Kumpul Hartanah Dengan Betul.

Zaman sekarang, hartanah merupakan sesuatu yang penting untuk semua. Manakan tidaknya, hartanah boleh dijadikan tempat kita berteduh dan berehat dengan baik. Selain daripada itu, setengah orang mengumpul hartanah untuk menjana kewangan dan kekayaan stabil. Ia juga mampu untuk menjadi sumber backup plan untuk anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Baca perkongsian selanjutnya di bawah oleh Tuan Haryzat

Alhamdulillah loan untuk pembelian satu Service Residence telah lulus lepas raya hari tu. Sebagai pelabur hartanah kecil-kecilan mendapat berita 'loan approved' dan sign letter offer loan adalah satu perkara yang menggembirakan ( juga mendebarkan ).

InsyaAllah saya akan terus membeli dengan target 1 unit hartanah setahun. Tetapi dengan syarat hartanah yang dibeli mestilah memenuhi syarat kriteria pelaburan saya ( lain orang lain kriteria )

Kriteria saya utamakan adalah:

1 - Modal pemilikan yang kecil.
2 - Berada 10-20% di bawah harga pasaran ( jika subsale ).
3 - Lokasi jika boleh dekat dengan Mall utama seperti KLCC, Mid Valley, The Curve, One Utama dan lain-lain.
4 - Mudah dijual kemudian hari.
5 - Rumah jenis Apartment, Service Residence and Kondo.
6 - Mudah disewakan dan boleh match bayaran bulanan paling kurang.
7 - Cepat dimiliki ( rumah kalau boleh dah siap atau pun hampir siap ). Cepat sikit boleh disewakan.
8 - Potensi kenaikan nilai hartanah yang jelas.
9 - Kalau boleh ada LRT dan MRT berhampiran.
10 - BUKAN hartanah yang paling MAHAL di kawasan situ.

Hartanah saya beli kali ini Alhamdulillah memenuhi banyak kriteria saya walaupun saya terpaksa mencari dan scout market hampir 1 tahun untuk deal seperti ini di kawasan yang saya inginkan:

1 - Modal pendahuluan yang kecil RM5000 ( setelah nego ).
2 - 20% di bawah nilai pasaran.
3 - Kondo / Service Apartment.
4 - Berhampiran dengan The Curve dan One Utama.
5 - Demand sewa yang baik.
6 - Mudah dijual semua ( Demand mass market ).

Bagaimana saya dapatkan peluang best deal seperti ini?

Network dan 'berkawan' dengan ramai ejen hartanah. Mereka selalunya akan dapat memberikan kita peluang baik. Ingat 'berkawan'. Selain itu selalu berforum di forum hartanah.

Kenapa saya beli dan beli property?

1 - Saya beli sebagai insuran kewangan kepada diri saya dan mungkin bisnes saya. Mana tahu ada masalah kewangan pada masa depan jadi property yang ada boleh dijual. Pada tahun 2011 saya ada masalah kewangan dan bisnes tak berapa jadi. Alhamdulilah dengan menjual satu unit apartment saya maka dapatlah saya bernafas dengan keuntungan 6 angka dari jualan tersebut dan buat modal bisnes baru. Sebab itu perlu beli property yang mudah dijual dan ada demand mass market yang 'berkemampuan' untuk membeli dari kita.

2 - Sebagai tabungan atau 'park' duit daripada terbeli benda-benda yang tak patut. Ada kawan berbangsa Cina saya akan membeli satu hartanah setiap kali beliau mendapat cahaya mata. Tujuanya rumah tersebut sebagai tabungan pendidikan anak yang bakal membesar itu.

3 - Pelaburan yang kurang risiko ( pada saya ).

Kenapa saya beli property jenis Kondo / Service Apartment di lokasi 'urban' dan tidak rumah teres atau pun Semi D mahu pun Banglo?

1 - Kerana property jenis Kondo / Service Apartment ianya mudah dijual dan demand market yang banyak. Pernah ada kawan yang berkata pada saya buat apa beli rumah jenis apartment / bertingkat nanti mati keranda kena menegak dalam lift. Kawan saya itu beli landed di kawasan kejiranan melayu. Alasan ada tanah belakang boleh tanam serai dan sesuai dengan gaya hidup 'melayu'. Tetapi sehingga kini rumahnya masih belum dapat dijual dengan harga yang beliau mahu. Lebih malang lagi market pembeli pula terhad kepada bumiputera sahaja. Dalam masa yang sama rumah apartment saya pula yang dibeli pada masa yang sama dengan beliau sudah terjual lama dah. Pun begitu rumah landed dikatakan harganya lebih cepat melambung tinggi berbanding rumah jenis Kondo / Service Apartment .

2 - Rumah jenis Kondo / Service Apartment lebih mudah disewakan dan kadar sewa yang boleh cover bayaran bulanan.

3 - Nilai hartanah jenis Kondo / Service Aparment boleh mendapat kenaikan nilai yang 'fair'.
Apa-apa pun setiap orang lain kira-kiranya. Ini kira-kira saya. Alhamdulillah Allah pertemukan dengan Dr. Wan Shah Razali 4 tahun lalu dan dengan ilmu beliau ianya membuka mata saya dengan potensi pelaburan hartanah yang betul dan setakat ini pelaburan hartanah yang saya lakukan dapat memberikan keuntungan sedikit sebanyak.

Walaupun saya ada membeli beberapa property tetapi saya sendiri masih duduk 'menyewa' dan menumpang kadang-kadang di rumah mertua. Biarlah penyewa sahaja yang duduk rumah 'mahal' itu
Diharapkan rakan FB saya paling kurang belilah satu hartanah untuk pelaburan. Boleh mulakan dengan rumah yang mampu dan kecil dahulu. Yang penting pastikan 'berilmu' dan sentiasa dapatkan maklumat yang sahih sebelum membeli sesuatu property. Tiada guna meramal masa depan untuk membeli hartanah. Boleh beli sepanjang masa selagi iaya memenuhi syarat pelaburan dan calculated risk kita. Dan yang paling penting silalah berjimat dan menabung.

P.S: Kalau dah mati SERAI tumbuh merimbun di belakang rumah pun tiada berguna!

- Haryzat Zulzahary



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies