Type Here to Get Search Results !

Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)

Apa yang menarik: Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)

Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Zikir Dan Wirid Solat Fardhu

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:

1. Mulakan dengan istigfar

Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih.
(Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.)

2.Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:
Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu)

3. Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:
 Allahumma ajirna minannarr 
(Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka)

4. Seterusnya disambung dengan ucapan:
Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram
(Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan)

5. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihah
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:
Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 
(Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.)

7. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:
Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)



8. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:
Aamanar-rasulu bimaa unzila ‘ilaihi min robbih wal mu’minun kullun Aamana billahi wa mala ikatihi wakutubihi wa rusulih Laa nufarriqu baina ahadim-mirr-rusulih, wa qolu sami’na wa atoghna ghufronaka rabbana wa ilaikal masirr

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

9. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:
Laa yukallifulla-hu nafsan illa wus ‘aha laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat robbana laa tuahizznaa inn na sina au akhto’ na rabbana wala tahmil ‘alainaa isran kama hamaltahu, ‘alallazi na min qoblina rabbana wala tuhammilna maa laa thoqota lanabih waghfu ‘anna waghfirlana warhamna anta maulana fansurna ‘alal qaumil kaafirin

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

10. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:
Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:
‘Innaddin na ‘indallah hil islam
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

12. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:

Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:
Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.
 

14. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15. Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16. Disambung lagi dengan surah An-Nas:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

17. Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

18. Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:
Ilahirabbi subhanallah 
(Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah)

19. Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
Subhaanallah 
(Maha Suci Allah)

20. Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:
Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada
(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya)

21. Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
Alhamdulillah (33x)
(Segala puji bagi Allah)

22. Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:
Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin
(Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.)

23. Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
Allahuakbarr (33X)
(Allah Maha Besar)

24. Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:
Allahu akbar kabiraw wal hamdulillahi kasiro wa subhanallahi bukrotaw wa ashila, Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ‘alaa kulli syai-in qodir wa ilaihil masirr, wa laa haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim, astagfirullahal ‘aziim. 
(Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.)



Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.

Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.

Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah:


Doa Selepas Solat Fardu


Disini saya sediakan empat doa yang sangat sesuai dibacakan selepas solat fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Anda boleh  memilih salah satu doa  di bawah yang anda rasakan sesuai dengan anda.

Bantuan ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda.

Doa Solat 1

Bacaan dalam Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Pilihan Doa Solat 2

Doa dalam ejaan rumi:

Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik.

Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala ‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.

Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya arhamarrohimin.

Allahumma ‘aa inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika.

Allahumma inna nas aluka ‘ill huda wattuko wal ‘afa-fa wal-gri-na.

Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ‘ammah

Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka ‘alaa kulli syai’in qodir.

Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.

Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa ‘amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-wahhab.

Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna ‘alal qaumil kafirin.

Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir ‘anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar.

Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar.

Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim ‘alaina yaa Allah bi suu ‘ill khotimah.

Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam,

Subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal mursalin,

Walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu. Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.


Pilihan Doa Solat 3

Doa dalam rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.

Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.

Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.

Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.

Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.

Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.

Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.


Pilihan Doa Solat 4


Doa dalam ejaan rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Pilihan Doa Solat 5

Bacaan dalam rumi:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassollatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin, wa ala aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nastahfizuka wanastau di uka dinana wa aha-lina wakulli syai-‘in a’taitana, Allahummaj ‘alna wa iyyahum fi kanafika wa amanika wajawarika min kulli syaitonin marid wajabbarin anid wazi ‘ain wazi  baghyin wazi hasadin wazi kulli syarrin innaka ‘ala kulli syai-in qodir.

Allahumma aslih zaata bainina wa allif baina qulubina wahdina subulassalam wanajjina minazzulamati ilannur wajannibnal fawahisy mazoharo min ha wama baqon. Allahumma barik lana fi ‘asma ‘ina wa absorina waqulubina wa azwajina wa zurriyyatina watub ‘alaina innaka antattauwa burrohim. Waj ‘alna syakiria lini’ matika musnina biha qobilina laha wa atimmaha ‘alaiha.

Rabbana Aatina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina ‘azabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin subhana robbika robbil izzati ‘amma yasifun wasalamun ‘alal mursalin walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada  kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan sempurnakan nikmatMu ke atasnya. Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan.Dan sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.

Pilihan Doa Solat Ke-6 (Doa Abu Darda)

Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.

Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.

Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.

Berikut adalah doa tersebut:

Bacaan dalam Rumi:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin ashrofil ‘anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala Aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma anta robbi, Laa ilaha illa anta. ‘Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul ‘arsyil-‘azim.

MasyaAllahu kaa na, wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘azim. A’lamu annallaha ‘ala kulli syai’in ill-ma.

Allahumma inni ‘Auzubika min syarri nafsi, wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim.

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Penutup: Doa Ialah Untuk Membuktikan Sifat Kehambaan Kita di Hadapan Allah SWT


Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’

Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.

Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.

    “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

    — Surah Ghafir ayat 60

Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah.

Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu.

Maka berdoalah.

Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.

Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.

Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah dinyatakan pada ruangan komen di bawah.

Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies