Siapa yang tidak kenal Steve Jobs? Beliau merupakan orang yang telah merevolusikan dunia gajet kita hari ini.
Pernahkah anda terfikir bagaimana rumah beliau? Mungkin anda terbayang rumah yang begitu fancy, dilengkapi dengan gajet-gajet keluaran Apple untuk para tetamu.Sangkaan anda salah sama sekali!
Malah mendiang Steve Jobs tidak membenarkan anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Langsung.
“So, your kids must love the iPad?”Soalan diatas ditanya oleh Nick Bilton, seorang wartawan NYT, setelah beliau di”ceramah” oleh Steve Jobs atas artikel yang diterbitkannya. Dan ini adalah jawapan Steve Jobs :
“They haven’t used it, we limit how much technology our kids use at home.”Terkejut bukan? Seorang yang merevolusikan dunia gajet sedunia tidak membenarkan langsung anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Malah menghadkan penggunaan teknologi dirumahnya.
Mungkin ada yang mengaitkan hal ini dengan cara hidup mendiang Steve Jobs yang mengamalkan cara hidup yang memang sederhana. Jangan terkejut jika kami katakan bahawa ramai lagi CEO dan taikun teknologi diluar sana mengambil pendekatan yang sama.
Ini adalah respon Chris Anderson, bekas editor Wired dan sekarang merupakan CEO 3D Robotics, syarikat pembuat drone :
“My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules,”
“That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids.”Bahaya yang beliau maksudkan adalah konten-konten berbahaya seperti pornografi, buli dan yang paling teruk sekali adalah ketagihan terdahap gajet, sama seperti ibu-bapa mereka!
CEO OutCast Agency, Alex Constantinople, tidak membenarkan anak bongsu beliau yang berumur 5 tahun untuk menggunakan sebarang gajet dan anak-anaknya yang lebih besar dihadkan penggunaan gajet hanya untuk 30 minit sehari.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium, Evan Williams dan isterinya Sara Williams mengatakan bahawa, anak-anak mereka mempunyai ratusan buku (ya, buku-buku fizikal) yang mereka boleh ambil dan baca pada bila-bila masa. Mereka tiada ebook yang disimpan didalam iPad.
Ini pula menurut Lesley Gold, pengasas dan CEO SutherlandGold Group :
“We have a strict no screen time during the week rule for our kids”Sekarang apa pula pendapat anda? Pada kami, tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggunakan iPad atau apa-apa gajet sekalipun. Asalkan berpada-pada. Apa juga benda kalau dibuat berlebihan boleh memudaratkan.
“But you have to make allowances as they get older and need a computer for school.”
Namun, setelah mengetahui pendekatan “parenting” Steve Jobs dan lain-lain nama besar teknologi, kami betul-betul tersentak. Ada sesiapa mahu iPad second hand?
Dipetik daripada : NYT