Type Here to Get Search Results !

Kematian Bapa Aktres Nicole Kidman Di Singapura Penuh Misteri

Kematian Bapa Aktres Nicole Kidman Di Singapura Penuh Misteri

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kematian Bapa Aktres Nicole Kidman Di Singapura Penuh Misteri

Bapa pelakon Nicole Kidman dilaporkan meninggal dunia di Singapura dan polis berkata mereka sedang menyiasat kematiannya.

Laporan media menyatakan Tony Kidman, seorang pakar psikologi di University of Technology, Sydney, berada di Singapura untuk melawat adik perempuan pelakon berkenaan, Antonia.

Menurut polis, mereka dimaklumkan seorang lelaki dalam lingkungan usia 80-an meninggal dunia di hospital.

" Polis sedang menyiasat kematiannya," kata seorang jurucakap.

"Dengan sedihnya kami dimaklumkan mengenai kematian mengejut Dr Tony Kidman.

"Dalam tempoh 43 tahun di University of Technology, Sydney, Tony banyak menyumbang sebagai rakan sekerja, penyelidik dan pengamal perubatan," kata Naib Canselor Profesor Attila Brungs dalam satu kenyataan.

Nicole Kidman dilahirkan di Hawaii dan dibesarkan di Australia. Beliau pernah membintangi filem 'Moulin Rouge' dan 'Cold Mountain' dan menang Oscar Pelakon Wanita Terbaik pada 2003 dengan lakonannya sebagai Virginia Woolf dalam filem 'The Hours.'

- Reuters

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies