Brunei telah mengetatkan undang-undang untuk sambutan Tahun Baru Cina antaranya menghadkan masa untuk persembahan tarian Singa iaitu tidak boleh dilakukan dekat dengan waktu solat dan persembahan oleh orang bukan Cina.
M enurut portal Brudirect, Tarian singa kini hanya dibenarkan antara 19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang. Malah ia hanya boleh dilakukan di tokong, dewan sekolah dan rumah anggota-anggota persatuan Cina sahaja.Bahkan Brunei juga turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika sambutan perayaan itu.
Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya umat Islam menghindari perayaan bukan Islam.
Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. - The Rakyat Post