Type Here to Get Search Results !

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia. Alfatihah

Alfatihah. Salam Takziah kpd keluarga bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz di atas pemergiannya ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Hari ini Malaysia bukan sahaja kehilangan pengulas sukan yang amat popular, Dato' Hasbullah Awang tetapi turut kehilangan seorang tokoh Ulama' yang amat disegani ramai tidak mengira apa agama, bangsa, mahupun fahaman politik.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9:45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih mesra dipanggil Tok Guru itu menghebuskan nafasnya yang terakhir kira-kira satu jam sebaik sahaja tiba di rumahnya, selepas keluar daripada hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]


Pemergiannya pada hari Jumaat (mengikut tarikh Islam selepas Maghrib merupakan hari baru) dengan penuh ketenangan di kediamannya yang penuh bersederhana. Pemergiannya insan ini pastinya amat dirindui. Kisahnya pasti akan dikenang sampai bila-bila.


Selamat datang wahai Tuan Guru yang dikasihi ke rahmat Allah Taala. Semoga diterima segala amalan. Kini dikau pergi dari sisi kami dan insyaAllah kami akan menyusuli Tuan Guru kemudian hari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Moga roh'nya dicucuri rahmat Allah.


- Artikel ini masih sedang dikemaskini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies