Masih ingatkan anda pada Samy Vellu? Menteri Kerja Raya dan juga Presiden MIC suatu ketika dulu di era pentadbiran Tun Mahathir. Inilah satu-satunya menteri yang tidak banyak dilanda kontroversi pasal kerja. Tetapi kata-katanya selalu diingati oleh orang ramai sehingga ke hari ini.
Sungguhpun beliau kurang fasih dalam bahasa melayu, setidak-tidaknya kita faham apa yang beliau cuba sampaikan. Cuma penggunaan kata-katanya kedengaran agak lucu. Namun secara logiknya, kata-katanya yang kelakar inilah yang membuatkan orang mengenali MIC.
Baca 10 kata-kata paling lawak di bawah:
1. Samy Vellu pada Pos Laju Malaysia – “Besok Kirim, Hari ini sampai”
2. Samy Vellu bercakap mengenai kehormatan beliau – “Ini perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya, Kemaluan saya sangat sangat BESAR”
3. Samy Vellu bercakap mengenai dadah – “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade”
4. Samy beri ceramah – “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. Salah seorang penduduk bertanya; Tapi Datuk, sini tak ade sungai, buat apa bina jambatan? Samy dengan bangganya membalas, Kalau tak ade sungai, kita bina sungai”
5. Samy’s di berita nasional – “Toll naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua toll saya punya bapak punya kah?!”
6. Semasa krisis air berlaku – “Semua orang diminta jangan membuang aiyeer”
7. Semasa derma darah di Sungai Siput – “Marilah kita semua menderma dara”
8. Semasa pembukaan acara di suatu ceramah – “Selamat datang saudara mara semua” sepatutnya saudara-saudari
9. Semasa pembukaan acara 2# – “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain”
10. Paling lawak antara semuanya – “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke MATAHARI! Barulah USA dan Russia respect sama kita!
Pemberita membalas – “Tapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?”
Samy Vellu balas – “Itu pasal you takda jadi menteri, saya sudah 30 tahun jadi menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam baru ada sejuk!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.