Bila Tangan Seorang Wanita Tersepit Hampir 3 Jam Pada Mesin Wang Syiling !!
8:29 PM
0
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are
berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan
mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan
kecemasan di tempat kejadian.
“Jari telunjuk mangsa akhirnya telah dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan apa yang difahamkan mangsa telah dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mangsa mengesahkan
tiada keretakan tulang berlaku ,” ujarnya ketika mengulas kejadian yang berlaku .
– Harian Metro