Shila Amzah ditaja syarikat judi punca tak dilayan Media Malaysia
Saat ini anda mesti tahu akan kisah peminat Shila Amzah yang menyelar pengamal media Melayu atau lebih tepat wartawan hiburan tempatan yang tidak memberikan liputan sewajarnya ke atas konsert solo pertama penyanyi itu di Malaysia.
Pihak media menuding jari kepada pihak penganjur yang tidak menjemput ramai media untuk buat liputan manakala para peminat tegar Shila Amzah menyalahkan wartawan yang manja sehingga mahu dijemput atau diundang untuk membuat kerja mereka. Kelakar.Laporan Kosmo! (salah satu dari dua media berbahasa Melayu tempatan yang dijemput) hari ini mendedahkan antara faktor kenapa pada awalnya tiada media berbahasa Melayu dijemput untuk menghadiri konsert tersebut — kerana ianya mendapat tajaan syarikat judi terbesar Malaysia.
Demi menjaga sensitiviti masyarakat, pihak penganjur khabarnya tidak mahu menjemput langsung media berbahasa Melayu namun pihak akhbar Berita Harian dan Kosmo! sendiri telah merayu dan meminta diberikan tiket untuk menghadiri konsert tersebut atas dasar bangga dengan pencapaian Shila Amzah selama ini — menurut wartawan yang hadir.
“Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya”
“Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?” tulis wartawan Kosmo! hari ini.
Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh wartawan tersebut, maka kita semua boleh faham akan kenapa hanya dua media berbahasa Melayu yang dijemput hadir. (rtky/m)
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags