Type Here to Get Search Results !

Malang buat Hanez Suraya, Rakan sendiri burukkan dirinya di Instagram

Malang buat Hanez Suraya, Rakan burukkan dirinya di Instagram

Aktres kontroversi Hanez Suraya mengesyaki ada individu yang cuba memburukkannya di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar lamannya semata-mata untuk menghinanya.

"Ini bukan kali pertama individu itu berbuat demikian. Sudah banyak kali dia menjatuhkan maruah saya dengan memuat naik gambar-gambar lama dan kemudian mengutuk saya pula.

"Entah apa tujuannya saya tidak pasti tetapi apa yang dilakukan pihak itu adalah seperti mahu menganiaya diri saya. Jika tidak puas hati dengan saya, bersemuka saja secara profesional," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Hanez turut mendedahkan bahawa dia mengesyaki individu tersebut adalah rakannya, namun menafikan mempunyai sebarang masalah atau bermusuh dengan individu itu.

"Tak mahulah cakap buruk orang. Itu sahaja yang bole saya dedah kepada semua. Sikapnya seperti keanak-anakan.

"Saya reda dengan semua dugaan ini dan percaya benda-benda baik pasti aka nada buat orang yang bersabar. Cuma lambat atau cepat sahaja.

"Apapun, saya harap dia sedar dengan perbuatannya yang tidak matang itu."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies