Suami keparat. Itulah gelaran yang selayaknya diberi terhadap tindakan kejam dan dayus seorang suami yang sanggup membelasah isterinya sehingga menyebabkan mangsa terlantar di Hospital Sungai Buloh selama 5 hari.
Mangsa yang berusia 30-an bukan saja ditumbuk, malah kepalanya dihentak ke dinding berulang kali sehingga menyebabkan kedua-dua matanya mengeluarkan air mata berdarah.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu, mangsa bertengkar dengan suaminya yang berusia 34 tahun di kediaman mereka, Pandan Indah.
Pertengkaran itu kemudiannya bertukar menjadi ganas apabila suaminya hilang pertimbangan lalu menyerang isterinya. Suspek menendang, menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding. Suspek membelasah isterinya tanpa henti sehingga terkencing kesakitan sebelum pengsan. Sebelum itu, suspek menumbuk muka dan mata isterinya berulang kali. Suspek terus meninggalkan mangsa yang pengsan.
Mangsa hanya tersedar pada jam 7.30 pagi esoknya sebelum mengalami muntar darah selain darah turut meleleh keluar dari matanya.
Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Mangsa terlantar di hospital selama 5 hari sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu.
Mangsa terus membuat laporan polis kerana bimbang dicederakan oleh suaminya sekali lagi. - Harian Metro