Type Here to Get Search Results !

UPSR bocor: Lagi Empat guru ditahan di Pulau Pinang, Perak


UPSR bocor: Empat guru ditahan di Pulau Pinang, Perak

Polis menahan empat guru, masing-masing tiga di Pulau Pinang dan seorang di Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita itu ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 3.30 petang tadi.

"Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) membuat serbuan di kawasan utara dan menangkap empat orang guru iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.

"Semua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, seramai 10 individu sudah diambil keterangan yang terdiri daripada enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.


Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pengarah LPM, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan itu selesai.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies