Sepang: Lebih 600 pegawai dan anggota polis ditugaskan pada Kejohanan Formula Satu (F1) PETRONAS Malaysia Grandprix 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir esok.
“Kejohanan ini adalah acara tahunan berprestij peringkat antarabangsa dan kita menganggarkan seramai 100,000 pengunjung hadir menyaksikannya.
“Kami tidak mahu berlaku jenayah yang tidak diingini seperti pergaduhan, ragut, kecurian atau kehilangan anak, selain ingin memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya pada sidang media selepas taklimat keselamatan dan lalu lintas F1 di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Trafik Selangor Superitendan Zulkifli Jonit.