Type Here to Get Search Results !

6 Foto Gambar Tragis Pemandu Treler Perodua Maut Dirempuh Pemandu Alza Yang Memandu Sambil Bermain Handphone

6 Foto Gambar Tragis Pemandu Treler Perodua Maut Dirempuh Pemandu Alza Yang Memandu Sambil Bermain Handphone

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



6 Foto Gambar Tragis Pemandu Treler Perodua Maut Dirempuh Pemandu Alza Yang Memandu Sambil Bermain Handphone

Johor Bahru: Seorang pemandu treler berusia 40 tahun yang sedang membuka ikatan tali kereta di atas kenderaan berat berkenaan maut selepas sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu bekas pesakit mental terbabas petang tadi.

Kereta dipandu lelaki terbabit terbabas ke atas treler itu sebelum merempuh mangsa.

Kejadian berlaku pada jam 1.50 petang di tepi bangunan Pusat Servis, Pameran dan Jualan Perodua terletak di Jalan Tampoi, berhampiran Bandar Baru Uda, di sini. 

Ketika kejadian, Kamarudin Abu Bakar yang berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor mahu mengalihkan beberapa kereta daripada treler ke bangunan terbabit.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza terbabas dan merempuh Kamarudin hingga mengakibatkan mangsa yang bekerja di Syarikat Nexus Mega Carriers Sdn Bhd terseret kira-kira dua meter ke dalam treler dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu menurunkan kereta baru yang dibawa daripada sebuah kilang Perodua di Rawang ke bangunan berkenaan. 

Menurutnya, pihaknya sudah menahan pemandu kereta Perodua Alza berkenaan bagi menjalankan siasatan.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Bandar Baru Uda, Johor Bahru - Seorang pemandu treler Perodua yang membawa muatan kereta baru maut dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan Perodua Alza.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi, mangsa pada ketika itu sedang membuka tali nak mengeluarkan kereta Perodua Myvi dari treler yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki muda cina yang dipercayai memandu sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian. Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar kereta yang dipandunya itu tersangkut pada besi bahagian belakang treler.

Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar oleh orang awam.

Lelaki itu berjaya ditangkap tetapi dia mengaku tidak bersalah dengan alasan dia sedang berjoging dan dia tiada kena mengena dengan kejadian itu katanya.

Pemandu Kereta Perodua Alza berbaju ungu




Al-Fatihah...


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies