Type Here to Get Search Results !

Ahmad Jauhari Sedia Meletak Jawatan CEO Malaysia Airlines



Tak setuju Ahmad Jauhari letak jawatan

KUALA LUMPUR 26 Mac - Orang ramai tidak bersetuju Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan setelah kejadian misteri yang menimpa pesawat malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Bagi mereka Ahmad Jauhari atau lebih dikenali dengan gelaran AJ itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan amat baik dan sempurna.

Walaupun jelas usaha kerajaan dan MAS mendapatkan kritikan hebat daripada media asing dan juga orang ramai, namun rakyat di negara ini lebih memahami dan menghargai segala usaha yang dilakukan sejak 19 hari lalu.

Ini dapat dilihat menerusi kenyataan oleh pemilik laman sosial Facebook dan Twitter yang meminta agar Ahmad Jauhari tidak tunduk dengan desakan beberapa pihak yang kurang matang serta sering memberi komen negatif terhadap usaha mencari pesawat berkenaan.

Menurut pengguna Facebook, Zainorein Ali Omar merasakan Ahmad Jauhari telah melakukan yang terbaik dan peristiwa malang tersebut adalah di luar kawalan MAS mahupun dirinya.


"Saya rasa selepas selesai kes MH370 Encik Ahmad Jauhari Yahya tidak perlulah meletak jawatan pun. Mungkin atas dasar rasa tanggungjawab dan bersalah tetapi dalam hal ini saya rasa beliau sudah buat yang terbaik. Dia langsung tidak salah pun,"ujarnya.

Semalam Ahmad Jauhari ketika ditanya pemberita mengatakan bahawa keputusan untuk melepaskan jawatan merupakan pilihan peribadi dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi malang ini selesai.

Sementara seorang pengguna laman Twitter, Zairin Ismail menyatakan, "Pakcik Ahmad Jauhari Yahya. Bukan salah pakcik atau sesiapa. Takdir. Jika pakcik adalah ayah saya, pasti saya memberi bahu kanan untuk pakcik menangis," katanya.

Shazztul pula dalam Twitternya memuat naik kenyataan agar Ahamd Jauhari tidak melepaskan jawatannya sebaliknya bercuti untuk merehatkan fikiran.

"Ahmad Jauhari Yahya, CEO MAS, tidak patut letak jawatan, aku tahu dia serba salah, apa kata MAS bagi dia cuti dan masa untuk tenangkan fikiran," menurutnya.

Dalam pada itu, Mardiana Kuin menyifatkan insiden kehilangan MH370 tersebut sebagai satu kemalangan dan melepaskan jawatan tidak akan menyelesaikan masalah.

"Kenapa letak jawatan? Kemalangan berlaku. Kalau setiap kali berlaku kemalangan, adakah orang yang berkaitan perlu meletak jawatan. Ini bermakna Menteri Pengangkutan sepatutnya telah lama letak jawatan kerana kemalangan berlaku setiap hari," katanya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies