Type Here to Get Search Results !

Angkara Siapa MH370 Berakhir di Lautan Hindi BOIKOT CNN




Tidak cukupkah dengan provokasi yang dibuat sebelum ini wahai CNN?


sebelum ini mereka mengatakan/menyalahkan bahawa  Kerajaan Malaysia dan Ketenteraan Malaysia adalah 'PEMBUNUH SEBENAR' kesemua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang dikatakan terhempas di Lautan Hindi?

Malam tadi, 24 Mac - 'misteri' kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. 
Apa yang menjadi isu disini ialah agensi berita U.S, FOX News (CNN) cuba mengaitkan Islam adalah pengganas dalam tragedi MH370? Ketika serata dunia dirundung kesedihan, inikah tindakan media tersohir didunia?


FOX NEWS mengatakan bahawa Pilot dan Co-Pilot yang mengemudi pesawat MH370 ketika ianya berlepas adalah PENGGANAS ISLAM. Pertanyaan tersebut juga ditanya berkali-kali? Tak cukup dengan itu, nama YDP Agung, YAB PM, dan YAB TPM juga dipersenda mereka. Apa mereka mahukan sebenarnya?

BERIKUT ADALAH RAKAMAN VIDEO YANG DIMUAT NAIK KE LAMAN YOUTUBE:


Apa motif mereka? Sudah lah sebelum ini mereka cuba mengaitkan insiden MH370 ada kaitan "Bom Kasut" - iaitu taktik pengeboman berani mati Al-Qaeda (Islam). Kenapa dikaitkan dengan Islam?


Post by Vyrec.


Oh ya, nampaknya mungkin benarlah bahawa terdapat laman blog yang mendedahkan bahawa Insiden MH370 ini adalah salah satu rancangan Yahudi Laknatullah untuk menghancurkan Islam?



AYUH KITA SEBARKAN VIDEO DAN TAKTIK JAHAT MEREKA INI. 

JOM IMBAS KEMBALI APA YANG TERJADI (KRONOLOGI) DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI DIUMUMKAN PESAWAT MH370 TERHEMPAS PADA HARI KE-17 (24 MAC 2014):

SENARAI NAMA PENUMPANG


MH 370: KRONOLOGI 8 MAC 2014 - 24 MAC 2014

8 MAC
  • Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama. 
  • Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. 
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
  • Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1), menjadikan 227 orang kesemuanya. Manakala anak kapal seramai 12 orang.
9 MAC
  • Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka. 
  • Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370. 
10 MAC
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. 
  • APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo. 
11 MAC
  • Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. 
  • Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah. 
12 MAC
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC 
  • Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar. 
  • China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan oleh satelit negara itu di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej tersebut. 
14 MAC 
  • Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian. 
Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC
  • Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. 
  • Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. 
  • Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan. 

16 MAC
  • Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat. 
  • Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003. 
  • Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, merupakan ahli seumur hidup parti itu. Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, Zaharie merupakan ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu. 
  • Beliau mengulas mengenai laporan akhbar British, The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan akhbar itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. 

17 MAC
  • Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula. 

18 MAC
  • Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe. 
19 MAC 
  • Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives. 

20 MAC
  • Perdana Menteri Australia Tony Abbot, menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang. 
  • Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. 
  • Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. 

21 MAC
  • Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370. 
  • Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan identiti penumpang pesawat itu. 
  • Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih. 

22 MAC
  • Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA. 
  • Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter. 
  • Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth. 

23 MAC
  • Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia. 
  • Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370. 

24 MAC
  • Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370. 
  • Pada 10 malam, dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 
  • MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 


BILA AMERIKA NAK MENGAKU PASAL YANG BAWAH INI?





Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies