Dengan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 diperhebatkan ke kawasan selatan Lautan Hindi, harapan mula kelihatan bahawa objek kabur yang dilihat dalam imej satelit berkemungkinan pesawat yang hilang apabila pakar marin berkata objek besar jarang ditemui di kawasan berkenaan.
The Sydney Morning Herald (SMH) memetik saintis marin James Cook University, Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan bukan kontena kapal, rumpai laut, katil, pokok atau pukat hanyut.

"Skalanya penting dan kami melihatnya berkemungkinan daripada lokasi serpihan," Dr Beaman berkata kepada akhbar Australia itu.
"Malah kontena terbesar pun, tidak sepanjang objek dalam imej itu. Skalanya penting," katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter.
Agensi berita Xinhua berkata objek meragukan itu ditemui satelit China terapung 120 kilometer daripada lokasi berkemungkinan serpihan yang diumumkan Australia dua hari sebelumnya. ~tmi