Type Here to Get Search Results !

BORANG DAN MAKLUMAT PERMOHONAN SKIM MYHOME



Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka dalam beberapa hari saja lagi. Pastinya ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar.

Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pembelian adalah rumah pertama
  4. Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
  5. Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
  6. My Home 1:
    • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
    • Jualan harga rumah
      • Semenanjung:  RM80,000 hingga RM120,000
      • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
  7. My Home 2:
    • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
    • Jualan harga rumah
      • Semenanjung:  RM120,001 hingga RM200,000
      • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara-cara membuat permohonan:
  1. Muat turun borang permohonan menerusi
  2. (atau) Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
  3. Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014
  4. Pusat Panggilan MyHome:
    • 03-8891 4322
    • 03-8891 4317
    • 03-8891 4313
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies