Jawapan dia? Aku tatau pada mulanya. Tetapi setelah google rupany2 ia adalah sebuah konsert aka event bertaraf dunia. Ia pernah diadakan di beberapa buah negara dan kali ini ia diadakan di Malaysia. Event bertaraf antarabangsa ini juga termasuk dalam kalendar pelancongan negara, sebagai salah satu event yang mendapat sokongan dari kementerian pelancongan negara.
Lihat ;
Kenapa Nazri Aziz berada disitu?
Ini kerana berlakunya kerjasama dari kementerian pelancongan dengan pihak yang anjurkan event ini. Kementerian berperanan mempromosikan ia sekaligus memasukkan ia sebagai salah satu event pelancongan negara dan mungkin, kerajaan kita ada terlibat dalam soal penajaan? Kita tunggu respon dari Nazri Aziz..
Atas tujuan apa? Kenapa Malaysia mempromosikan EVENT seperti ini?
Ia adalah kerana EVENT ini jika dinilai dari sudut pelancongan ia akan membawa keuntungan kepada Malaysia. Kita boleh lihat ramai rupanya yang meminati ASOT dari negara2 jiran yang berdekatan, ataupun followers tegar ASOT pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ke konsert ini. Mereka akan datang ke Malaysia, sambil berhibur, sambil berbelanja sambil melancong dan ini akan menaikkan industri pelancongan negara. Bahkan, ia juga akan membantu mempromosikan negara MALAYSIA pada dunia luar. Bila sektor pelancongan kita meningkat, maka ia akan mempengaruhi ekonomi kita secara langsung.
Pada dasarnya FMFA 2014 feats ASOT 600 ialah sejenis hiburan semata2. Sekumpulan DJ2 terkenal seluruh dunia ini sekadar mahu menghiburkan peminat2 yang membeli tiket mereka kerana dahagakan ataupun kerana terhibur dengan 'genre music' bawaan mereka.
Genre music mereka dikenali sebagai TRANCE MUSIC. The state of trance ialah rancangan radio yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan populariti mereka meningkat saban tahun. ASOT ialah shortform kepada rancangan popular itu.
Ringkasnya, penganjuran FMFA 2014 bermaksud ;
Peminat dapat berhibur.
Kerajaan dapat menaikkan industri pelancongan.
Penganjur dapat keuntungan.
DJ dapat kepuasan dan menaikkan karier masing2.
Betul ke macam tu?
Kalau korang rajin google korang akan nampak hiburan dorang mempromosikan wanita seksi dan arak sebagai kebiasaan. Tak percaya sila google. Bukan aku nak tuduh2. Aku malas la nak cakap2 sebarangan kalau benda tue aku tak nampak.
Boleh tengok kat youtube mereka menggunakan wanita berbikini, bertelanjang sebagai latar music.
Dan ketika sesi pelancaran di Malaysia, pra party untuk mempromosikan event neh di Kuala Lumpur tengok apa benda kat bawah neh ;
Aku cuba untuk berlapang dada dengan tidak mendiskriminasikan apa2 genre music yang wujud kat dunia ini. Citarasa manusia neh lain2. Ada orang minat nasyid, ada orang minat rock, ada yang minat lentok ada pula yang minat genre music seperti di atas. Trance music katanya. ASOT. Tapi bila satu2 music itu mendorong peminat2 mereka bersikap liar, ia boleh diraikan ke? Bila satu2 genre music mendorong peminat2 mereka berbikini dan berseluar pendek sesama berhibur bercampur laki perempuan dalam satu event ia boleh diraikan ke?
Tengok ;
Sejujurnya.
Pada perhatian aku, event neh event liar.
Mereka menggunakan music untuk menghalalkan 'niat liar' mereka. Niat yang tersembunyik. Joget sana joget sini dengan berbikini atas nama music. Yang laki pula ada juga yang sampai buka baju. Bayangkan, perempuan berbikini, dengan laki tak berbaju duduk dalam satu tempat berjoget sana sini apa gambaran yang korang boleh bayangkan?
Kita jangan cakap pasal bangsa dan agama kat sini.
Adakah attitude ini sesuai untuk ditunjukkan kepada budak2? Kepada orang yang awam yang pelbagai?
Kalau attitude ini tidak sesuai untuk dipaparkan kepada kanak2, dipaparkan secara terbuka jelasla hiburan seperti ini sememangnya ada masalah.
Itu je penanda aras dia.
Kalau kita cakap pasal agama pula macam mana?
Untuk rekod konsert ini bila lue dah masuk, lue tak boleh keluar dah. Itu peraturan dia. So dalam konsert neh ada disediakan surau untuk lue bersolat ke?
Demi hiburan yang tak wajib lue kena tinggalkan apa yang wajib?
Bila lue mati ketika dalam berhiburan sakan tak ingat dunia macam mana?
Antara lue mati sebab lawan kezaliman ataupun lue mati sebab huha huha tak ingat dunia, lue rasa cara kematian mana yang lebih bermaruah?
Bila PDRM keluarkan statement bahawa mereka mati angkara sesak nafas akibat overdoss pengambilan dadah jenis chemical = yakni bermaksud orang kemain sesak gila babi la kat tempat konsert tersebut. Itu sebab lue tengah high2 lue boleh mampos.
Nak bernafas pun susah.
Dicampur pula dengan arak. Dalam event neh memang disediakan arak. Sebab penganjur tak bagi lue bawa makanan dan minuman dari luar. Lue kena topup lue punya band. Alah macam lue nak p mandi2 dengan anak2 kat taman tema kan ada gelang2 tue. So lebih kurang begitu la yang ada kat konsert ini. Lue beli tiket, tue citer lain. Topup band citer lain pula. Lue nak minum ka makan ka semua ada janji lue ada duit je dah cukup. Tapi bila nyawa lue dah melayang lue tak boleh nak topup nyawa. Sorry. Babai n sila jumpa tuhan kita kat alam baru pula. Sembang2 la lue dengan Allah.
Kematian angkara dadah ini sebenarnya sebab ada orang bawa masuk dadah jenis baru ke dalam konsert dan ia bukan perkara baru. Ia berlaku di semua konsert2 ASOT ini. Bezanya antara mati ataupun tidak aje.
Siapa yang bawa masuk aku tatau. Itu polis akan siasat habis-habisan. Kita tunggu apa kata mereka okay. Tetapi arak tak payah siasat sebab penganjur memang sediakan arak. Dan penganjur juga tidak menetapkan kod etika pakaian. Mereka hanya minta pakai kasut yang bersesuaian. Ya, tapak kaki penting juga. Tapi takan la sampai baju dan seluar diabaikan pula. Penganjur konsert ini lebih sayangkan tapak kaki peminat2 mereka sampaikan apa2 yang peminat2 mereka nak pakai pun mereka tak heran. Kata nak berhibur semata2. Kata nak berhibur secara berhemah. Kalau betul nak berhibur semata2 kenapa tak gariskan beberapa perkara agar hiburan seperti ini boleh diraikan oleh kami?
Aku rasa ia bukan la tak boleh pun nak tetapkan etika pemakaian.
Susah nak buat ka? Ini Malaysia kot. Itu Bukit Jalil kot. Kerajaan yang keluarkan permit kot. Ada meeting dengan PDRM, BOMBA, AMBULANCE dan pelbagai agensi kerajaan kot.
Usah kata kod etika cara pemakaian bahkan kod etika minuman pun kerajaan boleh masuk campur kalau nak.
Kerajaan boleh sebut no arak. No alcohol. Ataupun nak lebih garang kerajaan sendiri tetapkan beberapa protokol yang penting.
Bukan sebab nak jumud tapi malu kot orang non muslim dok ejek. Muslim apa jadah slumber aje berbogel dan minum arak. Lepas tue ke sana ke mari jaja nama aku muslim. Yang bertudung pun ada yang masuk event begini.
Hish..
Sekali lagi.
Aku meraikan minat dia. Memahami dan menghormati.
Tetapi sayangnya suasana event neh tak membantu sangat untuk dia diterima dengan positif oleh pemerhati2 kat luar sana. Ia seperti ko bertudung dan masuk disko. Ia seperti ko baru lepas solat then masuk disko joget huhu haha.
Memang.
Ko tak ambil arak.
Tak sentuh dadah.
Tak pakai seksi.
Tak pegang dengan lelaki.
Just enjoy the show. The music itself. Tetapi suasana yang ko duduk tue ialah ko tak buat tetapi orang lain buat. Boleh ke ko berlapang dada tengok orang minum arak depan ko? Orang berbogel depan kau? Orang ambil dadah depan kau? Orang buat macam2 benda depan kau?
Ko minat music ini. Tetapi persekitaran konsert tak menghalalkan minat ko. Baik ko beli CD dan layan kat rumah. Atau ko rasa bangga sebab dapat berkumpul ramai2 untuk tengok konsert? Beli tiket termahal pun nak bangga ke? Memang la guna duit kau tapi duit2 ko tue la yang akan tolong geng2 depa beli rumah besar dan kereta besar. Ko dapat music aje beb. Benda tak fizikal. Ia hilang. Ko tak boleh gengam. Sekarang sapa bijak sapa bodoh?
Aku takan masuk lebih2 dalam privacy hidup orang. Sejujurnya aku sendiri pun banyak yang perlu ditacap. Cuma aku fikir aku perlu fahamkan dia apa sebenarnya yang kami fikir. Ia bukan orang lain tak raikan music yang dia minat tetapi cara dia tunjukkan minat tak kena dengan situasi dia sebagai seorang muslim.
Bukan kerana dia bertudung.
Ia takde kaitan pun. Tetapi sebagai seorang muslim, kita diseru jauhi tempat2 macam neh. Yelah, liberal juga kita neh tetapi seliberal liberal kita tak la kita rasa kita perlu raikan hiburan, dadah, wanita dan lelaki seksi, berjoget sesama sendiri, arak di satu tempat, bukan?
Yang menjadi persoalan aku. Sebelum kementerian berbuat keputusan untuk friendly dengan event neh, kenapa kerajaan tak ambil tahu dulu sejarah konsert ini di negara2 lain?
Ia boleh disifatkan sebagai party clubbing tersebar di dunia tau.
Kaki2 party memang suka ah benda2 gini.
Lagi arak, layan music di ikuti dengan pengambilan dadah lagi. Enjoy kata depa.
Respon orang luar.
Sepatutnya ;
1. Kaji dulu niat penganjuran konsert ini.
2. Selidik sejauh mana penganjuran konsert ini selari dengan tema kepimpinan negara yang konon nya kita neh Islam Moderate, negara ISLAM dan mengutamakan prinsip2 ISLAM dalam pentadbiran negara.
3. Lihat sejarah2 penganjuran konsert depa. Kes melibatkan dadah ini bukan kes baru. Ini party clubbing. Di mana ada clubbing disitu ada dadah. Arak dan seksi tak payah sebut la.
4. Berhibur non stop. Mati pun ada yang non stop. Tiap2 kali konsert ada je kes negatifnya.
5. Kerajaan perlu pertimbangkan baik buruk, oleh kerana lebih banyak buruknya, bukit jalil tak sepatutnya melibatkan diri.
Kalau kita perhatikan di fb rasmi FMFA 2014 ada menyatakan mereka mendapat kerjasama yang penuh dari beberapa agensi kerajaan ketika menganjurkan konsert ini bagi memastikan keselamatan pengunjung. Tetapi akhirnya, masih lagi ada yang mati angkara dadah. Dan yang herannya, sudah sepatutnya konsert clubbing terbesar ini sepatutnya diharamkan terus dari diadakan di mana2 negara. Ia mengundang budaya negatif berbanding budaya positif.
Dan apa la salahnya geng2 polis kita yang terpaksa sibukkan diri menjaga konsert2 kaki clubbing neh? Kes jenayah berlambak2 kot depa nak urus. Buat apa kita pergi tambahkan satu lagi cabang kerja polis? Ingat geng2 polis kita suka terlibat dengan event yang penuh kemaksiatan ini? Bukan hanya part jenayah bahkan part orang berhibur pun nak seret polis. Tah apa2.
Aku tak rasa kerajaan rugi kalau tak terlibat atau luluskan penganjuran konsert ini. Kita ada banyak benda2 yang boleh dipromosikan sebagai pelancongan. Jangan la sasarkan pada penganjuran konsert semata2.
Apatah lagi ini konsert clubbing besar-besaran. Ini bukan macam konsert CT NURHALIZA ataupun KPOP beb. Ini konsert yang betul2 liar punya.
Aku taknak scan bab akidah dan moral bagi mereka2 yang pergi ke konsert tersebut. Aku tak suka juga buat penilaian secara am. Lain orang lain tujuan mereka. Lain orang lain pula situasi mereka.
Tapi aku rasa korang sendiri yang perlu timbang baik dan buruknya konsert dan hiburan jenis apa yang korang gilaikan sangat neh.
Walaupun aku mahu bersikap terbuka tetapi aku dapati ianya tak masuk akal langsung untuk raikan hiburan liar sebagai salah satu freedom of gaya hidup. Kemon, ia takde kaitan dengan agama dan kepercayaan pun. Mana2 orang pun akan cakap hiburan 3 malam tanpa henti dengan berpakaian seksi dan bogel baik lelaki dan perempuan kemudian berpeluk2an kemudiannya disusuli dengan arak dan dadah ia bukan la hiburan yang sihat regardless orang tue tak beragama sekalipun. Ini adalah mengenai gaya hidup sihat. Arak, seks dan dadah bukan ditolak oleh golongan yang beragama aje bahkan sains membuktikan penyakit datang kerana mereka. AIDS, overdoss dan kerosakkan ahti dan organ2 penting tubuh badan ialah hujah2 sains yang mana2 manusia dari apa jenis bangsa, agama, kepercayaan dan negara akan terima bukan? Kalau mahu bercakap pasal fakta, bukan pasal agama, argument aku neh sepatutnya dah cukup valid kan? Lue fikirlah sendiri.
Okay bai.