Liverpool di tangga teratas EPL
LIVERPOOL menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Tottenham Hotspur 4-0 di Anfield malam tadi.
Liverpool awal mendahului perlawanan hasil jaringan sendiri oleh pemain pertahanan Spurs Younes Kaboul pada minit kedua.
Luis Suarez pula menyumbang gol kedua pada minit ke-25, sekali gus menjaringkan golnya yang ke-29 musim ini.Liverpool menambahkan gol pada minit ke-55 hasil jaringan Philippe Coutinjo manakala Jordan Henderson mengkahiri pesta gol Liverpool dengan jaringan keempat kira-kira 15 minit sebelum masa penuh tamat.
Liverpool kini terletak dua mata di hadapan Chelsea manakala Manchester City ketinggalan empat mata. - Reuters
Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris:
Liverpool 4 - 0 Tottenham Hotspur
Fulham 1 - 3 Everton
Arsenal 1 - 1 Manchester City
