Luahan Isteri buat Suami di Syurga
"Dia Di Syurga..."
"Saya redha dia pergi dan amat merinduinya sekarang ini...", itulah yang diluahkan oleh Intan Maizura, isteri kepada Hazrin Hasnan (Rain), salah seorang krew kabin yang terlibat dalam penerbangan MH370, semalam di majlis bacaan Yaasin di rumah mereka. Setiap tutur kata Intan semalam mengundang air mata tetamu-tetamu yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir malam tadi turut berkongsi rasa sedih dan simpati di atas kejadian ini.
Menurut Intan, Rain adalah seorang sahabat baiknya dan juga seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Kehilangan Rain merupakan satu episod perit dalam dirinya dan juga anak perempuannya, Iman yang selalu bertanyakan tentang bapanya itu.
Menceritakan saat-saat akhir Intan sewaktu menghantar Hazrin ke KLIA pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan. Seperti selalu, mereka bersalaman dan ucapan "I Love You" merupakan tiga perkataan terakhir sebelum mereka berpisah. Intan juga berkata, sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Rain tak henti-henti mencium tangannya dan berpesan agar jangan terlalu berkeras dengan anak perempuan mereka kerana Iman masih kecil.
Intan turut memberitahu, selepas pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penerbangan MH370 yang terhenti di selatan Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula tanpa Rain di sisi. Dia akan meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan keluarganya dan akan kembali bekerja seperti biasa.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags