Salah seorang rakan Facebook kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang perasan dirinya berbangsa melayu itu, mengakui bahawa beberapa keping gambar panas yang tersebar di laman Facebook itu adalah asli dan tulen.
Rakannya yang bernama Fairuz Azhan mendedahkan,
"Memang akaun Zairil yang ori (asal) sebab gambar-gambar keluar 'timeline' frensnya (kawan FB) termasuk saya. Jelas gambarnya bukan 'photoshop', gambarnya merupakan video gambar-gambar percintaan mereka dengan kata-kata cintan cantun (romantik).
"Kena 'hack' (ceroboh)? Pertama kali kena 'hack' dan selama 5 minit? Sila guna akal / fakta, bukan sentimen," ujarnya.
"Jelas bahawa sebenarnya Zairil niat nak buat 'private post' (penghantaran sulit) tetapi terbuat 'public' (umum). Dalam post yang sama, Zairil 'tag' akaun Dyana yang peribadi, 'Dyana So'. Post jam 6.50 pagi semalam, 'removed' jam 6.55 pagi bila tersedar.
"Memang la takkan upload (muatnaik) sendiri tapi kalau dah tersilap, benda nak 'send private' tersend jadi 'public', jadilah macam ni. Kenapa tak logik Zairil ada 'affair' (hubungan) dengan Dyana? Sila jelaskan... Selama ini aku diam je jaga aib 'as a gentleman'. Since (sejak) dah buka aib sendiri... barakallah,' katanya.
Gambar bukti yang menunjukkan gambar panas tersebut dimuat naik oleh Zairil sendiri
Zairil bagaimanapun sehingga kini tidak menafikan gambar berkenaan adalah dirinya. Sebaliknya hanya membuat laporan polis bahawa ada orang menceroboh telefon bimbitnya beberapa bulan yang lalu. - My Media Hub