Admin ingin menjawab pembohongan Musa Hitam kononnya Dr. Mahathir berada di Malaysia sejak bermula Peristiwa Memali pada 19 November 1985 hingga pada hari kedua (20 November), ketiga (21 November) dan keempat (22 November) selepas peristiwa tersebut.
Sebenarnya tindakan terhadap Ibrahim Libya dan para pengikutnya itu telah diambil sehari sebelum Dr. Mahathir berangkat ke China untuk lawatan selama 9 hari bermula 20 November 1985 sehingga 28 November 1985. Tindakan tersebut di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Musa Hitam.Dari tarikh sehingga 22 November seperti didakwa oleh Musa Hitam kononnya Dr. Mahathir masih berada di Kuala Lumpur boleh ditolak dengan laporan luar negara termasuk dari laman portal milik Kerajaan China sendiri. Laporan dan kenyataan dari keratan akhbar luar negara, laman portal Kerajaan China, jurnal dan buku akademik antarabangsa telah mengesahkan bahawa Dr. Mahathir berada di China sehingga 28 November 1985 termasuk pada 20, 21 dan 22 November 1985.
The Straits Times, 20 November 1985, Page 10
Mahathir to call on Zhao today
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19851120-1.2.22.8.aspx
Malaysia and the People's Republic of China in the 1980s: Political Vigilance and Economic Pragmatism
http://www.jstor.org/discover/10.2307/2644848?uid=4&sid=21103757285167
Five Principles of Chinese Foreign Policies
http://books.google.com.my/books?id=TvXlFsxmJiMC&dq=Five+Principles+of+Chinese+Foreign+Policies+mahathir&source=gbs_navlinks_s
http://www.china.com.cn/zhuanti2005/txt/2004-08/04/content_5627028.htm
Nampaknya Musa Hitam cuba menggambarkan seolah-olah selama ini Dr. Mahathir membohongi Malaysia bahawa beliau tidak berada di Malaysia dalam menangani Peristiwa Memali tersebut.
Sumber: Kelab Che Det