Type Here to Get Search Results !

TERKINI MH370:AHLI KELUARGA WARGANEGARA CHINA MENGAMUK

xfrontpage.jpg,qhm.pagespeed.ic.qnwRXDo_TN

Astro AWANI
SEPANG: Sedikit kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.
Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera “Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat.”
Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.
Mereka ditempatkan dalam bilik sekreteriat sementara waktu. Para media menunggu untuk perkembangan lanjut.
Sementara itu, Berita Harian  juga melaporkan perkara yang sama.
Sekumpulan keluarga warga China rempuh masuk bilik media di KLIA
SEPANG: Sekumpulan ahli keluarga warga China MH370 bertindak merempuh masuk bilik sidang media di Hotel Sama-Sama kira-kira jam 4.30 petang tadi dengan membawa kain rentang sambil berteriak dan menangis.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan ahli keluarga yang terdiri daripada empat hingga lima orang itu berjaya ditenangkan oleh pegawai sekretariat media dan dibawa keluar oleh pegawai polis yang bertugas di situ.
Keadaan di bilik media berkenaan kecoh kira-kira 10 minit apabila salah seorang ahli keluarga mangsa yang berteriak dalam bahasa ibundanya berkata “Kerajaan Malaysia sembunyikan maklumat mengenai ahli keluarga kami”.
Difahamkan, keluarga berkenaan menginap di Hotel Cyberview di Cyberjaya untuk menunggu laporan dan maklumat mengenai misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies