Type Here to Get Search Results !

TUN M SETIA KEPADA KAWAN DAN PERJUANGAN - TAN SRI SANUSI JUNID


Tun Dr. Mahathir terkenal sebagai seorang yang setia kepada kawan dan perjuangan.

Hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah adalah satu contoh hubungan setia dan mesra antara suami isteri yang jarang ada di kalangan pemimpin politik yang berjaya di dunia ini.

Jika kita lihat kepada sejarah pemimpin ulung di Amerika Syarikat seperti John F. Kennedy, pemimpin ulung di Eropah seperti Napoleon Bonaparte dan pemimpin ulung di zaman Empayar Rom seperti Julius Caesar jelas sekali lebih meningkat populariti seseorang maka lebih hebat godaan yang mendampinginya kerana 'Power is Aphrodisaic.


Untuk kita tidak anggap itu kesah pemimpin dulu kita boleh lihat kepada rekod Presiden Bill Clinton yang sudah bersara dan bagi yang masih berkhidmat kita perhatikan pula perkembangan kes Perdana Menteri Berlusconi di Itali.

Kalau kita lihat kepada watak sebagai Tony Blair pula kita akan dapati ketidaksetiaannya termasuk kepada bidang ugama.

Walau pun beliau penganut ugama Kristian Anglican di waktu menjadi Perdana Menteri Britain beliau berubah ke ugama Katholik apabila berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

Kesetiaan Tun Dr. Mahathir kepada kawan-kawannya adalah luar biasa dan saya boleh menulis ratusan muka surat bagaimana kesetiaannya kepada kawan-kawannya telah membantu beliau membangun negara dan banyak pula masalah yang dihadapinya yang berpunca dari kesetiaan itu.

TAN SRI SANUSI JUNID

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies