Type Here to Get Search Results !

Warganegara Malaysia Lari Ikut Suami Warga Nepal ‘Diberi’ Makan Khinzir Di Nepal




Dek tergila-gilakan seorang lelaki warga Nepal, Ayu sanggup mengambil tindakan melarikan diri ke Nepal. Akibatnya, dia menderita sepanjang empat tahun dan kini terdetik di hatinya untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Ayu atau nama sebenar Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, tinggal di Nepal bersama dengan dua anaknya setelah ditinggalkan suaminya yang mencari rezeki di Arab Saudi semenjak tiga tahun yang lalu.

Kehidupan Ayu kini lebih menderita, dirinya terpaksa bekerja memecah batu bagi menyara kedua-dua anaknya biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi diberikan melalui ibu mertuanya yang mengawal perbelanjaan wang tersebut.

Apa yang mengejutkan ialah anaknya yang berumur setahun dipaksa oleh ibu mertuanya makan bubur nasi yang dimasak dengan daging khinzir. Jika enggan, neneknya akan memukul anaknya.

Perkara itu diceritakan Ayu kepada bapanya yang seorang pemegang taraf penduduk tetap dari negara Indonesia, Mariomon Ahmad Kasman, 57, yang menerima panggilan mengejut dari Ayu.

Ayu dan suaminya berkahwin di Thailand, kemudian mereka mendaftarkan perkahwinan mereka itu di Malaysia. Anak pertama mereka dilahirkan di Malaysia manakala anak kedua pula dilahirkan di Nepal.

Dek tidak tahan hidup dalam keadaan menderita, Ayu kini merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Bapanya, telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan berkenaan dan pihak Kementerian Luar telah pun menghubungi Kerajaan Nepal.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa."

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.

Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia. Anda boleh menghubungi Jaliah di talian 0118554031. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies