Barangkali pemilik restoran di bandar Johor Bahru ini merasakan dirinya
tersangat kreatif dengan idea menggunakan peralatan tandas sebagai
'tapak' untuk menghidang makanan termasuklah kerusi & meja yang
telah diubahsuai.
Di sebalik keunikan yang cuba diperkenalkan kepada pelanggan itu, timbul
rasa jijik dan geli di kalangan orang ramai yang lalu lalang di
restoran berkenaan.
Ada yang menyifatkan penggunaan peralatan tandas itu sebagai tindakan
yang tidak wajar dan tidak menghormat makanan. Akibatnya, keunikan itu
menjadi buah mulut pelanggan terutama pelancong asing. Secara tidak
langsung ia seperti mengambarkan masyarakat Malaysia menerima dan
mengamalkan budaya pelik dan kotor sehingga mangkuk tandas diubahsuai
dijadikan sebagai tapak untuk makan dan minum.
"Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah
dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan
restorannya itu beroperasi di Johor Bahru.
"Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi
ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau
satu penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan
berniaga di bumi kita?" katanya.
Tambah Alex lagi, PBT Johor Bahru sepatutnya menolak permohonan lelaki
berkenaan kerana keunikan seperti ini tidak mencerminkan imej Malaysia
dan ianya boleh menjejaskan persepsi pelancong terhadap negara ini.
"Bayangkan kalau negara pemilik restoran itu sendiri tidak membenarkan
perniagaan seperti itu, kenapa kita di Malaysia boleh semudah itu
meluluskan permohonannya. Apa sudah jadi?" soalnya. - MalaysiaGazette