Orang Pantai Timur Catat Rekod Paling Lama Layari Laman #Luc-ah
Lapor sebuah portal, orang-orang dari Pantai Timur Malaysia mencatatkan rekod paling lama untuk melayari laman-laman p0rn0grafi.
Statistik yang didedahkan oleh P0rnHub itu mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan masa selama 12 minit 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat video 'dewasa'.
Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh warga ibu kota, Kuala Lumpur, yang mencatatkan masa selama 12 minit 29 saat.
Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru serta Miri yang mencatatkan 12 minit 27 seorang bagi setiap lawatan.
Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan P0rnHub secara global bertajuk, 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.
Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan P0rnHub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12:05) yang merupakan antara tertinggi di ASEAN.
Filipina (14:22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.
Malaysia diikuti oleh negara Myanmar (10:54), Indonesia (10:11), Singapura (9.50), Brunei (9.45), Laos (8:28), Thailand (8:15), dan Kemboja (8.07).
Menurut Naib Presiden P0rnHub, Corey Price, sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.
"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi dari dalam laman web kami," katanya.
Nota Kaki: Hilang adat ketimuran...
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags