MIRI 5 April - Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.
Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.
Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Suspek berumur 18 tahun yang merupakan anak mangsa. |
Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.
Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.
Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah. |
Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis..