Type Here to Get Search Results !

Isu penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary.


Isu penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary.

Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang penubuhannya ditaja oleh Yayasan Albukhary di sini mungkin ditutup Jun ini ekoran masalah dalaman yang dihadapinya.


Sumber universiti itu memberitahu, satu perjumpaan telah diadakan pada minggu lalu di antara wakil kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan warga universiti berkenaan termasuk para pensyarah dan mahasiswanya.

Pada perjumpaan itu, kami diberitahu AIU akan ditutup dalam tempoh cuti semester iaitu pada Jun ini. Kebanyakan kami terkejut dengan pengumuman tersebut walaupun ramai yang mengetahui tentang masalah di bahagian pentadbiran universiti.

Apa masalahnya tidak boleh saya dedahkan tetapi difahamkan Syed Mokhtar sendiri berasa kesal kerana terlalu mempercayai pihak lain sehingga menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, dalam pertemuan tersebut, wakil Syed Mokhtar yang bergelar Datuk memberi alasan penutupan itu perlu dilakukan dan memberi alasan penstrukturan semula pentadbiran universiti.

Sumber itu bagaimanapun menolak kemungkinan AIU terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan.

Perkara itu tidak timbul kerana kami diberitahu universiti itu akan dibuka semula tetapi bukan dalam masa terdekat. Syed Mokhtar juga difahamkan akan lebih memberi perhatian kepada AIU yang baharu nanti kerana tidak mahu kejadian sama berulang, ujarnya.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.



Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

Ditanya mengenai nasib para pensyarah dan penuntut di situ, beliau memberitahu, mereka tidak perlu bimbang kerana akan dipindahkan ke universiti-universiti lain termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa universiti swasta..
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies