Obama dalam kedatangannya beberapa hari lepas di Universiti Malaya berkata ;
MALAYSIA tidak akan maju selagi Malaysia tidak memberikan PELUANG yang sama rata kepada semua kaum dan agama di Malaysia ini.Peluang yang bagaimana yang dimaksudkan oleh Mr President ?
Video ini menunjukkan Tun Dr Mahathir membidas kenyataan Obama itu yang dilihat berat sebelah dan mengingatkan Obama untuk melihat kembali apa yang berlaku di negara US itu sendiri.
Tun Dr Mahathir yang dikenali sebagai seorang ulat buku juga mencadangkan Obama untuk membaca buku yang ditulis oleh seorang pakar ekonomi Joseph Stiglitz mengenai hak sama rata di Amerika Syarikat.
Nampaknya hanya Tun M dan Zahid berani membidas kenyataan Obama tersebut depan khayalak atau mungkin kita bersangka baik Perdana Menteri kita telah pun menasihati Obama secara senyap walaupun Obama cakap di Khayalak
Namun saya lebih suka kenyataan yang dibuat Dr. Mahathir bin Mohamad ini yang lebih bersifat ilmiah
Apa pun video ini menarik. Maaf jika ada 'subtitle; tu lari sikit.
Dr. Mahathir bin Mohamad bidas kenyataan Barack Obama berkenaan dengan hak sama rata dengan menunjukkan Malaysia melakukan diskriminasi kaum dan agama.
Selepas kenyataan Obama, tiada mana-mana pemimpin yang mahu membidas kenyataan Obama di Universiti Malaya itu kerana Obama tidak bercakap sesuatu yang betul.
Hak sama rata bagaimana lagi? Adakah di US Islam diberi hak sama rata juga?
Mirror please!
Thank you Father of Malaysia!!