Type Here to Get Search Results !

Mengapa Peminjam kecewa dan luah rasa kekecewaan terhadap Bank Islam



Bank Islam hanya menggunakan Islam pada nama sahaja tapi amalan tidak mencerminkan Islam langsung.

Saya merupakan peminjam pembiayaan kenderaan Bank Islam sejak tahun 2010. Saya tertarik dengan promosi 0 downpayment bawah promosi Gradhitz ketika itu dan setiap bulan saya membayar RM775.



Kini setelah 4 tahun pembiayaan, timbul pula masalah apabila pihak Bank Islam tanpa memaklumkan pada peminjam telah tag C dalam laporan Bank Negara Malaysia.

Hal ini disedari bila saya cuba untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Pegawai dari Bank Rakyat memaklumkan tag C ini adalah penjadualan semula pinjaman yang biasanya dibuat oleh peminjam untuk mengurangkan pembiayaan dan memanjangkan tempoh pinjaman.

Saya telah pergi ke Bank Islam cawangan terdekat untuk mendapatkan perjelasan mengenai hal ini sebab saya tidak pernah memohon untuk penjadualan semula pinjaman.

Masalah saya kemudian dipanjangkan ke bahagian pembiayaan automobil Bank Islam di Butterworth. Pegawai pusat pembiayaan automobil bernama Puan Su memaklumkan yang pembiayaan saya telah tertunggak 2 bulan.

Saya memaklumkan sebagai kakitangan awam saya hanya boleh bayar selepas 25 haribulan jadi tunggakan yang sebenarnya cuma sebulan.

Tapi yang paling mengejutkan beliau mengatakan tag C dibuat sejak Ogos 2013 tanpa memaklumkan pada peminjam dan Bank Islam dengan ‘baik hati’ telah membayar sebulan pembiayaan saya sedangkan setiap bulan saya membayar jumlah yang sama cuma tertunggak sebulan.

Saya bertanyakan apa jalan penyelesaian untuk untag C dalam laporan BNM, pegawai berkenaan mengesyorkan saya membuat surat rasmi kepada Bank Islam serta membayar RM2348.14.

Saya terkejut dengan jumlah yang disebut sedangkan sms yang saya terima mengatakan jumlah yang tertunggak adalah dua bulan yakni rm1458.00, jadi mana datangnya lagi sebulan? Pegawai berkenaan mengatakan jumlah yang sebulan tu adalah pada bulan 8 yakni bila Bank Islam dengan ‘baik hati’ membayarnya.

Inilah kali pertama saya mendengar sebuah bank yang baik hati tolong bayar ansuran peminjam. Bagaimana sebuah bank yang ada tertera ISLAM tanpa merujuk dengan peminjam membuat keputusan dengan sukahati? Bukankah pihak bank perlu mendapatkan perjelasan dari peminjam atau sekurang-kurangnya memaklumkan pada peminjam tindakan yang diambil oleh pihak bank?

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam dan rasa menyesal kerana mengambil pembiayaan dari Bank Islam. Kini baru saya tahu kenapa ramai ahli keluarga saya dan rakan-rakan lebih selesa dengan bank-bank konvensional yang lain.

Bank Islam hanya menggunakan Islam pada nama sahaja tapi amalan tidak mencerminkan Islam langsung.

By: Kama Kamarul

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies