KUALA LUMPUR 13 April: Kehilangan MH370 dilihat sebagai satu peristiwa signifikan yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Ia bukti pencapaian dan tanda keharmonian utuh berbilang kaum yang terjamin.
"Amat mengharukan apabila melihat semua kaum bersama-sama mendoakan kepulangan semua penumpang dan anak kapal terutamanya dua bayi yang berada di dalam pesawat tersebut tidak mengira agama, kewarganegaraan dan warna kulit,'' katanya.
Joseph berkata demikian semasa berucap pada Majlis Dialog Keamanan dan Keharmonian Islam - Buddha di Wisma Kebudayaan SGM di sini..