Type Here to Get Search Results !

Pasaran Getah Malaysia


Pasaran Getah Malaysia

Malaysia merupakan antara negara paling kaya di dunia, sejak zaman dahulu bumi tanah Melayu mempunyai 1001 rahsia yang boleh membawa kepada kekayaan.


Apabila dunia memerlukan bijih timah, Tanah Melayu merupakan pengeluar terbesar dunia, dan apabila revolusi kenderaan berlaku dengan penciptaan Ford Model T, dunia sekali lagi pandang ke Tanah Melayu sebagai pengeluar getah terbesar di dunia.

Amat malang sekali Tanah Melayu menjadi pengeluar bahan mentah sahaja, disebabkan rakyat kita dahulu tidak pandai memproses bahan mentah kepada value added products, maka semua hasil bijih timah dan getah dibawa ke Britain untuk meluaskan empayar mereka.

Apabila Malaysia sudah merdeka, kita ketinggalan peluang kerana pasaran bijih timah dan getah sudah menjunam. Alhamdullilah ada hasil petroleum dan gas asli, walaupun kita bukan pengeluar terbesar tetapi ia memadai untuk membangunkan negara sehingga menjadi ke-2 termaju di Asia Tenggara (belakang Singapura).

Getah ini masih penting bagi manusia, setiap kereta di dunia menggunakan getah untuk membuat tayar, dan setiap doktor memerlukan sarung tangan getah sebelum membuat pembedahan. Secara jelas, tanpa getah dunia ini tidak akan sama.

Disebabkan harga getah yang rendah, banyak syarikat Malaysia beralih ke kelapa sawit yang mempunyai pulangan modal lebih tinggi. Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa harga getah dunia semakin menjunam, pertama sekali saya ingin memberi penerangan kepada semua terutamanya pihak dibelah sana ialah kerajaan Malaysia tidak ada kuasa untuk kawal harga getah dunia. Pengeluar getah terbesar dunia pada tahun 2013 :

1.Thailand
2.Indonesia
3.Vietnam
4.China
5.India
6.Malaysia

Gabungan Thailand-Indonesia monopoli pasaran getah, mereka boleh meningkatkan atau menurunkan harga getah dengan sekatan kepada penghasilan bahan mentah tersebut.

Malaysia yang semakin meninggalkan tanaman getah tidak mempunyai kuasa itu kerana hasil getah negara amat sedikit.

Kerajaan sentiasa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan cuba membawa Malaysia kepada zaman kegemilangan apabila kita pengeluar getah terbesar dunia seperti dahulu, tetapi selagi tidak ada produk penting baru yang memerlukan getah, rakyat Malaysia akan lebih berminat dengan kelapa sawit.

Saya bersimpati dengan rakyat Malaysia yang bekerja di ladang getah, saya faham mereka marah kerana harga getah sudah menjunam kepada RM1.80 sekilo (sumber pembangkang), tetapi mereka kena faham bahawa ini bukan salah kerajaan, kita bukan monopoli pasaran getah sehingga boleh kurangkan pengeluaran untuk meningkatkan harga getah. Paling baik kerajaan boleh buat ialah hantar wakil ke negara Thailand dan Indonesia supaya meminta agar kedua-dua negara kurangkan pengeluaran mereka..
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies