Ini Facebook namanya Penternakan Ikan Sturgeon Di Kuala Tahan. Tujuan FB ini ditubuhkan untuk memberi maklumat yang sahih kepada orang ramai tentang faedah penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan sila klik sini.
FB ini menerangkan apa itu ikan sturgeon. Telur ikan itu yang dipanggil kaviar dan harga yang sangat mahal membuatkan perniagaan ini mendatangkan hasil yang lumayan.
Dasar negara tentang penternakan ikan sturgeon. Kenapa pemimpin tertinggi negara dan pemimpin korporat @ GLC dan pelabur menyokong penuh projek ini.
Kenapa penternakan ikan sturgeon dipilih untuk menaikkan ekonomi generasi baru peneroka dan kampung tradisional.
Penternakan ikan sturgeon di Felda dan Jerantut. Kenapa pilih Kuala Tahan dan Kg Perlok di Jerantut sebagai projek perintis berskala besar dan berteknologi tinggi.
Kalau mahu tahu maklumat dan info yang sebenar kena tengoklah FB ini.
Jika tidak dapat maklumat yang sebenar maka senang dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menentang projek ini atas sebab tidak mahu melihat masyarakat beroleh kebajikan.
FB Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan menjawab kemusyiklan Q n A tentang projek ini.
Orang kampung mudah faham.
Pecinta alam mudah mengerti projek ini tidak menganggu alam sekitar dan sistem ekologi flora dan fauna.
Pelancong lebih berminat mahu mengenali proses penternakan ikan sturgeon ini.
Pemimpin masyarakat dan masyarakat serta pengundi boleh mengenali yang mana yang bathil dan yang hak.
Hanya jauhari yang boleh mengenal manikam.
Kejahilan yang perlu dibasmi untuk mengilap ketamadunan.
Jelawat, Kelah, Patin tidak perlu cemburu kepada Sturgeon.
Ini empat madu ikan yang terbaik bagi Lembah Tembeling!