KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga
penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.
"Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai
Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang
mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.
"Transkrip ini pada awalnya telah disimpan oleh pihak polis sebagai
bahan siasatan. Sebelum ini, Malaysia Airlines telah menyatakan bahawa
siasatan awal telah menunjukkan bahawa suara terakhir adalah dari
pembantu juruterbang. Polis sedang mengesahkan perkara ini, dan
pemeriksaan forensik berhubung rakaman sebenar sedang dijalankan,"
katanya dalam kenyataan kepada pihak media pada Selasa.


Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Berikut merupakan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur: