TPPA ialah akronim untuk Trans-Pacific Partnership Agreement atau pun Perkongsian Trans Pasifik. Terdiri dari 12 negara.
TPPA ialah perkongsian 12 negara yang terlibat dan mempunyai 800 juta rakyat dengan gabungan #KDNK sebanyak USD27.5 Trillion.Perundingan TPPA bermula Mac 2010 dan Malaysia mula menyertai rundingan pada Oktober 2010.
Sejak itu 56 sesi konsultasi telah dilakukan termasuk penubuhan Caucus Parlimen (5 Barisan Nasional, 5 Pakatan Rakyat).
Seperti semua perjanjian perdagangan di dunia ini, TPPA mempunyai kebaikan dan kelemahan dari pelbagai aspek.
Dari segi aspek peluang perniagaan dan peluang menceburi pasaran luar, TPPA memberi banyak peluang buat syarikat Malaysia menembusi pasaran luar.
Dalam dunia yang makin kompetitif, TPPA adalah pintu untuk kita terus kekal kompetitif dan terus menjana ekonomi menerusi perdagangan.
#TPPA: KETEGASAN MALAYSIA
Sejak kedatangan Presiden AS ke Malaysia minggu lalu, banyak spekulasi tentang kononnya Perjanjian TPPA bakal ditandangani oleh Kerajaan.Spekulasi hanyalah spekulasi. Yang menjadi keutamaan adalah realiti bahawa perjanjian TPPA itu tidak ditandatangani pun semasa lawatan Barack Obama tempohari.
Kerajaan Malaysia masih berunding. Perjanjian itu tertakluk kepada Terma & Syarat yang dikemukan Kerajaan Malaysia.
Terma & Syarat dirahsiakan daripada negara-negara TPPA yang lain bagi menjaga kepentingan rakyat & kedaulatan negara.
Ketegasan Kerajaan Malaysia dalam perundingan perjanjian ini ialah faktor utama TPPA masih belum ditandatangani.
Tiada apa yang dipersetujui sehingga semua negara TPPA mempersetujui untuk menandatangani perjanjian ini.
Malaysia hanya akan menyertai TPPA jika ia mengikut Terma & Syarat yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia.
Rundingan TPPA ini akan berlanjutan kerana Kerajaan Malaysia bertegas untuk lindungi kepentingan rakyat & kedaulatan negara.
Kita boleh lihat ketegasan Malaysia apabila menolak “Deadline” yang diberikan kerana tidak mahu terikat dengan tarikh akhir untuk menandatangani perjanjian itu.
Satu yang pasti, Malaysia tidak akan menggadaikan kedaulatan negara & kepentingan rakyat semata-mata hanya kerana satu perjanjian.
Malaysia bukanlah "Pak Turut" dan tidak membuta tuli dalam menandatangani perjanjian itu.
#TPPA: SPEKULASI LABEL HALAL
01: Spekulasi bahawa tiada lagi label 'HALAL' apabila perjanjian TPPA ditandatangani adalah tidak benar sama sekali.02: Realitinya, JAKIM masih boleh meneruskan penguatkuasaan label 'HALAL' terhadap produk pasaran tempatan.
03: Penjenamaan dan penetapan label 'HALAL' adalah hak mutlak Malaysia.
#TPPA: IKS & BUMIPUTERA
01: Ada pihak membuat spekulasi bahawa Industri Kecil Sederhana (IKS) & bumiputera bakal terjejas jika Malaysia tandatangani Perjanjian TPPA.02: Ingin ditegaskan, spekulasi hanyalah spekulasi. Logiknya, Malaysia tegas dalam setiap terma & syarat Perjanjian TPPA. Hence why, it’s still ongoing.
03: Kajian keatas faedah& kos dan analisis terhadap kepentingan nasional & juga kesan perjanjian keatas IKS dan Bumiputera sudah dijalankan.
04: Ini adalah langkah yang tepat dan terbaik dapat diambil untuk kebaikan semua.
05: SMECorp & agensi-agensi kerajaan sudah lama sediakan program bagi membantu IKS mengimbankan perniagaan dari pasaran domestik & antarabangsa.
06: Tahap keterbukaan pasaran bagi perdagangan barangan serta perolehan syarikat adalah berdasarkan kpd kepentingan syarikat2 IKS & Bumiputera.
07: Kerajaan Malaysia is adamant dalam mempertahankan kepentingan bumiputera & usahawan IKS dalam rundingan TPP.
#TPPA: UBAT-UBATAN
01: Antara spekulasi yang paling hangat dibincangkan ialah isu kenaikan harga ubat sekiranya Malaysia menyertai TPPA. Umum perlu mengetahui bahawa pendirian Malaysia mengenai isu ini adalah tetap.
02: Sekiranya kita menyertai TPPA, ia tidak akan memberi impak negatif kepada soal penjagaan kesihatan rakyat Malaysia.
03: Ubat ubatan Malaysia, yang sebahagian besar daripadanya diimport dari Eropah, tidak akan terjejas kerana TPPA.
04: Persoalannya, adakah bekalan 'generic medicines' akan datang terjejas? Ini adalah sukar kerana menguatkuasa ubat yang telah dihasilkan
05: Selain itu, kita perlu tahu bahawa Malaysia sendiri mempunyai 'pharmaceuticals' yang membuat dan mengeluarkan ubat utk kegunaan rakyat Malaysia sendiri.
06: Dalam perspektif pengeluar ubat, dalam proses penghasilan ubat menyelamatkan nyawa perlu ada insentif.
07: Dari segi perspektif pesakit pula, perlu ada mekanisme membolehkan pengguna berpendapatan rendah mendapatkan ubat generic/berpatutan.
08: Sebagai rakyat Malaysia, kepentingan kita diutamakan dalam rundingan TPPA oleh kerajaan. Ini adalah prinsip kerajaan Malaysia selama ini.
#TPPA: PENGHAKISAN KEDAULATAN NEGARA & MEKANISME ISDS
01: Terdapat spekulasi perlaksanaan ISDS akan menghalang hak kerajaan & mencemarkan kedaulatan negara. Ianya tidak benar sama sekali.02: ISDS berfungsi sebagai kata putus ataupun undang undang bagi menyelesaikan permasalahan dalam perdagangan dan bukan mekanisme pemerintahan.
03: ISDS adalah singkatan kepada Investor State Dispute Settlement.
04: Perlaksanaan ISDS tidak akan menghalang kuasa kerajaan dalam menentukan & mengawal selia kepentingan & kedaulatan negara dalam perdagangan.
05: ISDS juga berfungsi dalam membantu syarikat Malaysia apabila mereka berdagang di negara luar.
06: Ia juga bertindak sebagai satu mekanisme menuntut keadilan dan telus dalam perdagangan antarabangsa.
07: Syarikat Malaysia di luar negara memerlukan satu bentuk ‘protection’ apabila mereka berdagang.
08: IGA (Investment Guarentee Agreement) ialah salah satu komponen ISDS yang menyelesaikan kes menerusi penetapan timbang tara.
08: Penggunaan ISDS yang efektif selama ini tidak langsung memberi masalah kepada Malaysia .
10: Ini adalah kerana sepanjang 74 perjanjian pelaburan yang kita sertai, kebanyakannya menguna pakai ISDS.
11: Ketelusan & sistem perdagangan yang efektif dengan pengunaan ISDS mampu menjadi daya penarik pelabur dan syarikat luar untuk ke Malaysia.
12: ISDS dalam TPPA bukanlah sesuatu yang baru bagi Malaysia.
13: Kita sudah mempunyai pengalaman yang luas hasil penglibatan bertahun-tahun.
14: Kerajaan Msia sudah mengetahui selok-belok ISDS dan IGA.