Type Here to Get Search Results !

Datuk Abdul Razif Abdul Rahman bakal Menteri Besar Terrengganu

INILAH WAJAH YANG BERTIUP KENCANG BAKAL MENGGANTIKAN AHMAD SAID SEBAGAI MB TERENGGANU????

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


INILAH WAJAH YANG BERTIUP KENCANG BAKAL MENGGANTIKAN AHMAD SAID SEBAGAI MB TERENGGANU????

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dikatakan bakal menggantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, lapor akhbar The Star.

Memetik laporan beberapa sumber, akhbar berkenaan berkata, Abdul Razif yang juga anggota exco, diminta untuk bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus bermakna beliau perlu berada di Kuala Lumpur untuk menerima surat itu.

Abdul Razif berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat exco mingguan pada Rabu.

"Beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Beliau menerima panggilan dari Putrajaya pada malam Selasa meminta beliau supaya berada di Kuala Lumpur hari ini (Khamis)," kata sumber kepada The Star.

Abdul Razif, 49, merupakan salah seorang daripada dua Adun, iaitu Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45, yang dikatakan akan dilantik menjadi Menteri Besar baru bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu itu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada pilihan raya umum yang lepas.

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Najib memberikan Ahmad tempoh penangguhan selama setahun selepas pilihan raya kerana beliau mahu pemimpin Terengganu yang mempunyai keperibadian yang bersesuaian untuk bersama dengan rakyat.

Sumber Putrajaya memberitahu The Star, Ahmad menandatangani surat itu kira-kira dua minggu selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu.

Surat yang hanya sepanjang dua perenggan itu berkata sumber menyatakan Ahmad akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Najib.

Sumber di Terengganu berkata, dalam kalangan para anggota exco dan pegawai kanan, mereka amat merasakan akan terdapat menteri besar baru tidak lama lagi.

Mereka turut percaya Ahmad akan mempengerusikan mesyuarat exco terakhir pada Khamis.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata,"Tiada komen."

"Beliau cuba yang terbaik untuk menerima keadaan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, tidak ada MB secara terbuka akan mengesahkan bahawa beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam pertengahan penggalnya," kata sumber itu lagi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies