Type Here to Get Search Results !

Isu Kebimbangan keselamatan landasan KLIA2

Isu Kebimbangan keselamatan landasan KLIA2

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KESELAMATAN KLIA2 AMAT MEMBIMBANGKAN ... JALAN RAYAP KESELAMATAN DAN TEMPAT LETAK PESAWAT TENGGELAM???

Kebimbangan keselamatan muncul lagi di klia2 berikutan jalan rayap landasan dan tempat letak pesawat tenggelam secara perlahan-lahan kerana hujan lebat dan kesan daripada beratus-ratus pendaratan dan perlepasan pesawat di terminal lapangan terbang bajet baru itu.

Sumber daripada industri penerbangan memberitahu terdapat “kolam” atau tempat pengumpulan air di apron lapangan terbang pada Ahad selepas hujan lebat di lapangan terbang di Sepang bernilai RM4 bilion itu, dua minggu selepas operasi bermula.

Mereka juga berkata terdapat laporan pesawat penumpang AirAsia Airbus 320 bergerak di tempat letak pesawat tidak rata walaupun sudah mengundi tayar daripada bergerak.

AirAsia merupakan pelanggan terbesar lapangan terbang itu.

"Apa yang berlaku adalah apabila brek dilepaskan pada roda utama, pesawat bergerak ke belakang kerana cerun.

Dalam kes ini, momentum hanya cukup untuk menyebabkan ia memanjat dan berhenti di penyendal. Penyendal pesawat yang kita digunakan adalah seperti yang diperlukan Airbus.

"Ini berlaku setiap hari dan kami meminta orang-orang kami supaya jangan berada di belakang pesawat apabila melepaskan brek.

Ia menjadi sangat berbahaya," kata satu sumber.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies