Type Here to Get Search Results !

KLIA 2 : Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia

Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia

Selain daripada Menara Berkembar Petronas yang pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada suatu ketika dahulu, Malaysia kini mempunyai satu lagi mercu tanda kebanggan negara.

Mercu Tanda Kedua yang dimaksudkan adalah Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang terletak di terminal penerbangan kos rendah KLIA2.

Ianya telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia.

Menara ini yang mula dibina pada 1 Mei 2012 telah siap sepenuhnya pada 1 Mac 2013. Ianya telah mula digunakan secara rasmi pada 4 April yang lepas.


Menara Kawalan Beroperasi 24 Jam

Berdasarkan rekod, Menara yang mempunyai ketinggian 141.3 meter serta 33 tingkat ini, telah mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter.


Menara ini beroperasi selama 24 jam dan mampu mengawal sekurang-kurangnya lapan Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) di bilik kawalan utamanya dalam satu masa.

Untuk memberikan perkhimatan yang efektif, Menara ini dilengkapi antena surface movement radar (SMR) di bahagian bumbung.

Pengggunaan SMR mampu memberikan gambaran jelas setiap pergerakan yang berlaku di terminal mahupun kawasan persekitaran biarpun dalam keadaan cuaca buruk.

Setiap pergerakan objek direkod secara jelas dan tepat.

Tahniah Malaysia, semoga menara ni mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan pengiktirafan yang diberikan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies