Type Here to Get Search Results !

Luahan Hati Tun Siti Hasmah


#HariIbuBersamaTunSitiHasmah #IbuRatuHatiku

INI ANTARA PETIKAN AKHBAR WAWANCARA BERSAMA DR SITI HASMAH MOHD ALI SELEPAS PENGUMUMAN MENGEJUT DR MAHATHIR MOHAMAD UNTUK MELETAK JAWATAN TAHUN 2002.

HAYATILAH!!!

Apabila dia merasa kecewa, dia tak berapa hendak sangat meluahkan perasaannya kepada saya. Ini disebabkan kalau dia curahkan apa yang tak senang di hati, saya mungkin tidak dapat mengawal perasaan dan ini terpancar di air muka saya.



Umpamanya kalau sesuatu perkara yang menimbulkan kemarahannya, dia tidak suka menceritakan kepada saya, kerana saya mungkin akan marah sama dan risau dengan perkara tersebut. Bila saya rasa runsing atau marah, perasaan itu dapat dilihat pada air muka saya. Itu katanya tidak baik.

Sebaliknya kalau dia marah, saya rasa jarang air mukanya berubah. Kerana itu orang tak tahu dia marah, risau atau kecewa. Jadi dia jarang meluahkan perasaannya yang boleh menyebabkan saya marah atau risau. Tetapi adakalanya dia menceritakan juga rasa kecewanya kepada saya.

Antaranya apabila banyak orang Melayu datang merayu, memohon atau meminta tolong daripadanya. Dia dengan belas kasihannya kadang-kadang memikirkan orang itu mampu, maka diberi apa yang diminta. Tetapi lama-kelamaan apabila orang itu datang semula meminta pertolongan lain, padahal kerja yang diberikan dulu belum selesai lagi atau berjaya.

Inilah masalah orang Melayu. Mereka suka meminta-minta, bila diberi tidak tahu melaksanakannya tetapi tidak sabar-sabar pula hendak berjaya.

Suami saya sering mengingatkan kalau kita tak tahu sesuatu perkara, berlatih berulang kali sehingga kita mahir dengannya. Namun kadang-kala dia rasa kecewa sebab orang Melayu malas untuk berlatih dan menyambung latihan.

Dua contoh nyata iaitu semasa kami menjemput pengukir Uzbekistan mengubah suai siling kediaman rasmi di Seri Perdana Damansara dan ketika pembinaan Menara Berkembar Petronas.

Suami saya menjemput seniman dan pengukir tempatan melihat dan mempelajari sendiri ketekunan dan kepakaran istimewa pengukir Uzbekistan menyudahkan kerja-kerja seni mereka dalam tempoh tiga bulan sahaja. Malangnya tak ada yang berminat untuk datang.

Begitu juga semasa pembinaan Menara Berkembar Petronas, yang merupakan seni bina unik yang tidak pernah dibuat di dalam negara.


Sepatutnya jurutera dan arkitek kita datang melihat kerja-kerja pakar dari Jepun dan Korea, malah mereka sudahpun dimaklumkan mengenainya tetapi tidak ada yang hendak mengambil kesempatan melihat dan mempelajari kemahiran mereka. 

#UlangSiar #KisahCintaMahathirDanSitiHasmah

#HariIbuBersamaTunSitiHasmah #IbuRatuDiHatiku

Tun Dr Mahathir

"Tun Dr Siti Hasmah merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu di universiti itu, saya malu nak rapat dengannya walaupun ramai lelaki nak rapat dengan dia, tolong angkat buku tapi saya segan"

TUN DR SITI HASMAH

"Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya"

Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan ...
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.

Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.

"Why you came back? U are wet!" Kata Tun Siti Hasmah
Tun Dr Mahathir balas "I came back because I love you"

Itulah kali pertama Tun Mahathir luah perasaannya. Tun Mahathir sanggup tunggu sehingga Tun Siti tamat belajar . Kesetiaannya tak berbelah bagi. Pernah Tun Mahathir difitnah kahwin dua. Gambarnya tersebar, tapi Tun Siti Hasmah kenal wanita tu, seorang kawannya yang ketika itu di sebuah majlis yang sama.

Teringat bila saya tanya,
"Kalau Tun merajuk macam mana Tun pujuk satu sama lain"

Tun Siti Hasmah
"Kita ni sebagai perempuan, saya nak ingatkan wanita mana-mana lah, janganlah keras kepala sangat, tolak ansur tu penting dalam satu-satu perhubungan. Saya ni pun macam mana tak merajuk, nak tidur, atas katil pun, masih duk baca buku. Sekarang tak da buku, guna e-book pulak, sama ja"

Lalu Tun Mahathir menyelah,

“Kalau dia merajuk, ka, saya merajuk ka, duduk kat atas meja makan tu, saya bilang lah slow-slow... 1....2....3....4... lepas tu, dia sambung 5...6...7...pastu kami pandang sama sendiri... lepas tu gelak lah...dah berbaik....hahaha"
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies