Malaysia gagal menamatkan kemarau 22 tahun Piala Thomas apabila tumpas dengan pasukan Jepun 2-3.
Malaysia memungut mata pertama menerusi Lee Chong wei apabila mengalahkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.
Sebelum itu regu Malaysia, Tan Boon Heong/Hoon Thien How ditewaskan beregu Jepun Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo 12-21, 21-17, 21-19.
Lebih mendebarkan apabila perseorangan negara, Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota 21-15, 21-17.
Mata kedua itu diperoleh menerusi beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong apabila berjaya menewaskan pasangan Jepun Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.
Manakala harapan terakhir Malaysia Lew Darren tumpas di tangan T. Ueda 21-12,18-21, 21-15