Type Here to Get Search Results !

Kesengsaraan Wanita Warga Malaysia di Nepal selama 4 tahun berakhir


Sengsara 4 tahun jadi hamba abdi mentua di Nepal berakhir

Kuala Lumpur: Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.



Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.



AYU (kiri) mencium tangan ibunya, Jaliah Tamin sebaik tiba di KLIA, semalam.
Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.





“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies