KUALA LUMPUR: 'Permohonan cuti sakit' Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) ditolak Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib membalas 'permohonan' KJ itu secara berjenaka dengan hashtag #MCDitolak dan diretweet oleh ramai pengguna sosial media.
.@KhairyKJ Glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting #MCDitolak
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 13, 2014
KJ kemudiannya membalas twit tersebut dan menganggap ianya satu pengajaran kepada semua yang berhasrat mahu mengambil kesempatan ketika musim Piala Dunia.
Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong boss masing2 semasa World Cup. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/MD6ot2z6Ux
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 13, 2014
Sebelum ini KJ berjenaka dengan meminta cuti sakit mendapat perhatian Perdana Menteri.
KJ yang telah secara bergurau menulis twit kepada Najib agar diberikan cuti sakit kerana berjaga malam untuk menonton acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2014.
: @NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dpt kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 12, 2014
Gurauan dua pemimpin ini mendapat perhatian warga Twitter dan diretweet ramai pengguna laman mikro tersebut.
Awal pagi tadi, berlangsung perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 antara pasukan tuan rumah Brazil menentang pasukan Croatia.
Walaupun perbezaan waktu Malaysia dan Brazil adalah 11 jam, namun ianya tidak menghalang peminat sukan bola sepak di Malaysia untuk bersekang mata menantikan acara pembukaan Piala Dunia tersebut.