Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam
Kuantan: Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki @ Kak Long CDM 25 dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau 3 bulan penjara jika gagal bayar denda dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.Kak Long CDM 25 ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.
Kak Long CDM 25 pada minggu lalu dilihat membuli dan memaki hamun menggunakan bahasa kesat seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.
Video Kak Long CDM 25 mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.
Tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas dengan pantas dan tuntas tanpa memihak dan gentar.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags