Type Here to Get Search Results !

Tolong Jangan Percaya Khabar Angin Keselamatan di Negeri Sabah - Polis

Perintah berkurung hanya 4 daerah terlibat, penyebaran perintah berkurung di kota kinabalu adalah tidak benar.

Sama-samalah kita membanteras Pendatang asing tanpa izin yang turut membocorkan maklumat sistem pertahanan negara

Jangan Percaya Khabar Angin Keselamatan di Negeri Sabah - Polis

KOTA KINABALU: Polis meminta rakyat negeri ini tidak mudah mempercayai khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur terjejas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri ini, termasuk di pantai timur adalah aman, damai dan dalam keadaan terkawal.



"Mohon masyarakat dan rakyat Sabah jangan dengar berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai.



"Pihak agensi keselamatan mampu untuk mengawalnya jika berlaku apa juga kemungkinan," katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.



Beliau mengulas mengenai penyebaran khabar angin di laman sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam, selain dakwaan bakal berlaku lagi pencerobohan di pantai timur negeri ini.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies