Type Here to Get Search Results !

Pelawak Malaysia Maidin Ibrahim Meninggal Dunia


Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga pelawak, Maidin Ibrahim, 76, yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu. Beliau dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth dan mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampungnya.

SeriusHaha mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditemoatkabn dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tiada lagi jenaka Mamu


Tiada lagi jenaka insan bernama Maidin atau nama penuhnya Maidin Ibrahim.

Pelawak veteran yang dilahirkan tahun 1938 itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Pokok Tai, Gurun, Kedah jam 2 petang tadi akibat serangan jantung di usia 76 tahun ketika menunaikan solat Zuhur.

Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak nanti di Tanah Perkuburan Taman Sri Jerai, Gurun. Allahyarham cukup mesra dipanggil Pak Tam.

BH pernah menemubualnya sekitar Mac lalu ketika berlangsungnya Eksplorasi Media Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014-Alor Setar-Baling.

Allahyarham mula menerima rawatan selama sebulan di Institut Jantung Negara pada 2009 dan sejak itu langkahnya dalam bidang seni hiburan mula diperlahankan. Biarpun jarang mengambil tawaran berlakon, Allahyarham sebenarnya masih aktif mengacara, menyanyi dan berlawak di pentas saja.

Tawaran itu banyak diterima terutamanya daripada agensi kerajaan atau majlis keraian.

Allahyarham dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Sungai Puyu, Butterworth dan beliau mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung.

Menerusi boria Sungai Puyu, Maidin sering berlawak dengan Mat Noh B.A dan Toran Senapi. Mereka berdua bagaikan gurunya dalam bidang lawak. Selain boria, Maidin juga sering mengikut kumpulan Ghazal Parti Kepala Batas mengadakan persembahan. Pasangan lawak yang cukup ngam dengan Allahyarham ialah Pie.

Filem pertama Allahyarham ialah Minah Manja arahan Z Lokman pada 1984 berlakon dengan Dayangku Intan.

Filem komedi terakhir yang dilakonkannya ialah Nana Tanjung sekitar 2006 terbitan Metrowealth Movies Productions yang turut mencapai kutipan pecah panggung.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan 12 orang cucu selain isteri Habira Ibrahim, 60.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies