Type Here to Get Search Results !

Antara 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pinjaman Peribadi


Antara 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pinjaman Peribadi

Heypp! Adakah anda sedang berfikir untuk membuat pinjaman peribadi dari bank? Sudah fikir masak-masak? Dah pasti dengan keputusan anda? Jika belum atau tinggal selangkah lagi nak melayakkan diri anda berhutang dengan bank, baca dulu artikel ini.

PINJAMAN PERIBADI YANG KURANG PINTAR

Hari ini hampir semua kakitangan awam memiliki pinjaman peribadi saya kira. Kita ciptakan pelbagai alasan untuk pinjaman yang satu ini. Saya kira antara tindakan yang kurang pintarnya buat pinjaman peribadi untuk tujuan berikut ;

1. Buat pinjaman peribadi untuk Tabung Kecemasan anda dan simpan dalam ASB, bila nak pegi Sogo atau Singapura kita dah mula rasa ini kecemasan namanya.

2. Ubah suai kediaman supaya kelihatan macam rumah boss kita.

3. Tambah kabinet dapur, gazebo dan beli ikan untuk kolam kita.

4. Bayar deposit rumah kediaman yang ditempah.

5. Bayaran muka kereta Exora dan Avanza untuk keluarga selesa

6. Mula berniaga goreng pisang atau jadi ushawan sebagai modal perniagaan.

7. Pergi melancong ke Bandung untuk jumpa Luna Maya.

8. Jadikan modal beli emas hingga anda lemas.

9. Modal hantaran meminang anak Kak Mah dan kenduri tujuh dulang.

Jangan cipta hutang untuk beli perkara yang tiada nilai tambah kewangan. Kurangkan bergaya, orang kacak tidak perlukan ‘spoiler’ kereta.

Wallahu Allam.

‪P/S : Hutang Bawa Kita Ke Belakang‬

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies