Type Here to Get Search Results !

Bila Orang Lain Buat Salah, Siti Nurhaliza Yang Jadi Mangsa

Astro Gempak telah menerima screenshot daripada salah seorang pembaca yang mendakwa pengikut Shila terlalu taksub dengan cubaan mengheret Siti (gambar). - Foto Astro Gempak

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kerana terlalu taksub, 'fans' Shila Amzah sanggup fitnah Dato Siti?

Kesian Dato’ Siti Nurhaliza, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah peminat fanatik Shila Amzah yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi yang melibatkan para media tempatan.

Dalam laman instagram tersebut, perbalahan tercetus antara peminat dengan peminat kedua-dua selebriti ini. Masing-masing menegakkan artis kesayangan masing-masing dan dalam salah satu komen haters Shila ini, menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai contoh artis yang disayangi para media tempatan, tetapi dibalas oleh komen peminat tegar Shila dan mengatakan Dato’ Siti telah menaburkan banyak hadiah untuk media untuk mendapat publisiti yang baik sehingga semua media bersikap baik dengan penyanyi itu dan tidak mempunyai banyak masalah sepanjang bergelar artis.

Apalagi, Dato’ Siti cuba mempertahankan diri dan kalau dibaca, menunjukkan Siti Nurhaliza sangat marah dengan komen berkenaan, dan membalas...

“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah. Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“, jawab Siti Nurhaliza.

Menurut Berita Harian pula, Dato’ Siti Nurhaliza terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang suka hati berani menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.

“Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini. Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun”

“Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tidak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti membalas komen itu sebagai peringatan dan teguran buatnya,“ tambah beliau lagi.



Walaumacam manapun taksub anda terhadap artis kesayangan anda..takkanla sampai nak buat cerita yang menimbulkan fitnah kan. Hormatilah perasaan orang lain.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies