Tidak dinafikan, isu agama adalah sesuatu yang amat sensitif dan tidak boleh diperlekehkan. Tersilap cakap ada sahaja kecaman yang diterima daripada orang ramai.
Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan selebriti yang dikenali ramai seperti Daphne Iking. 5 tahun bergelar sebagai seorang muslimah, Daphne mengakui dia dan suaminya sering dikatakan tidak pandai untuk mendidik anak soal agama.Namun, sekeping foto kertas ujian tulisan jawi dengan markah penuh yang dimuat naik oleh Daphne baru-baru ini membuktikan bahawa mereka tidak pernah lupa untuk mengajar anak mereka tentang agama.
Post by Daphne Iking.
Keputusan cemerlang Isobel dalam kelas agama
“Saya rasa macam nak menangis sebab saya tak faham pun tulisan itu. Tapi bila nampak tulisan cantik yang saya pun tak tahu itu sama ada ianya betul ataupun tidak, saya rasa sangat gembira. At least, i have done something right somewhere.
Isobel adalah hasil daripada perkahwinan pertama saya. Ramai orang bertanyakan sama ada dia dah convert belum. Dia dibesarkan dalam rumah muslim, dengan kemuliaan agama Islam. Dia belajar agama di sekolah dan orang gaji saya juga seorang guru agama yang fasih berbahasa Arab.
Bila dia pulang ke rumah ibu bapa saya pula, dia ada kelas bible. Saya takkan beri tekanan kepada dia, bila dia dah mula memahami mengenai keagamaan, biarlah dia pilih sendiri.”Malah, Daphne juga mengatakan bahawa dia mahu anak-anaknya memahami dan merasai keindahan konsep ketuhanan, bukan sekadar mahu memberi fokus kepada teknikalnya sahaja.
“Bila saya nak tunaikan solat, kadang-kadang saya buat dengan melutut, panggil kedua orang anak saya membacakan doa Al-Fatihah bersama-sama dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya.
Saya mahu mereka faham konsep ketuhanan, bercakap dengan pencipta dan mesti ada kepercayaan terhadapNya. Jika saya ajar mereka sujud dan sebagainya seperti yang saya telah belajar, ia akan menghancurkan keindahan perasaan tersebut. Kini anak saya perlahan-lahan sudah memahaminya dan Isobel sudah tunjuk cara ambil air wuduk kepada saya.”
Alhamdulillah Daphne..Semoga usaha kita diberikati Allah dan sentiasa mendapat Rahmat dan lindungan drNya..aamiin
ReplyDelete